Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Maksud Mimpi Suami Kahwin Lain Menurut Islam

Maksud Mimpi Suami Kahwin Lain Menurut Islam  | Melihat suami kahwin lain walau hanya dalam mimpi memang boleh buat si isteri rasa sakit hati. Biasalah perempuan mana tak ada rasa cemburu kan? 

Daku sendiri juga pernah mimpi suami menikah lagi dan memang menangis jugalah dalam mimpi tu. Sesungguhnya mimpi suami kawin lagi ni boleh menyesakkan dada. Lagi-lagi jika sesudah bermimpi suami nikah lain tu, seakan-akan mimpi tersebut seumpama sebuah kejadian yang benar-benar berlaku. 



Apapun, mimpi suami menikah lagi ini sebenarnya ada maksudnya yang tersendiri. Mungkin si isteri yang mimpi suami menikah lagi ni rasa sakit hati tetapi hakikatnya mimpi tersebut ada maksud yang lain. Ini berdasarkan tafsir mimpi suami kahwin lagi satu berdasarkan Islam. 

Arti untuk mimpi suami curang dengan wanita lain adalah tidak sama dengan arti mimpi suami kawen lagi satu ya. 

Mimpi suami ada isteri lain yang sah saja ada kaitan dengan maksud yang akan dikongsikan di sini. Untuk maksud mimpi suami curang akan daku kongsikan pada artikel yang berikutnya (InshaAllah). Dah tak sabar nak tahu apakah tafsir mimpi suami menikah lagi ini? 

Okay ini jawapannya.. jom kita ketahui arti mimpi suami menikah lagi.

Jawapan Bagi Mimpi Suami Kawin Lagi Menurut Ustaz Azhar Idrus 

Jika menurut UAI, mimpi suami ada istri lain ini adalah satu perkara yang baik. Mimpi suami ada isteri lain tidak perlu dipandang buruk dan bagi UAI sendiri poligami adalah suatu perkara yang elok namun ianya tetap bergantung pada tahap penerimaan seseorang. Biasalah tu, lain orang lain penerimaan. 


Jika di tanya pada daku sendiri, oh Tuhan sesungguhnya daku tidak kuat untuk menghadapi situasi sebegini. 

Jangan kata secara realiti, untuk melihat suami menikah lagi dan ada istri baru melalui mimpi pun daku dah rasa sangat lemah. Sesungguhnya mimpi lihat pasangan kawin dengan orang lain bukan satu perkara yang disukai oleh para wanita. 



Baca Juga : 

Mimpi Suami Kahwin Lain Ada Kaitan Dengan Rezeki (mimpi kawin lagi menurut islam)

Walaubagaimanapun, soal mimpi adalah di luar bidang kuasa kita. Jika dah ditakdirkan akan bermimpi suka ataupun tidak tetap akan perlu hadapi juga. 

Dan jika ditakdirkan mengalami mimpi suami kawin lain ini jangan cepat panik. Ini kerana menurut tafsir mimpi suami kahwin lain menurut Islam ia adalah satu perkara yang baik berkaitan dengan rezeki. 




Ya! Mimpi melihat suami punya isteri baru ini ada kaitan dengan pekerjaannya dan bukanlah bermaksud yang si suami itu benar-benar akan berkahwin seorang lagi.

So janganlah cepat sangat panik dan jangan juga pergi serang suami dengan tuduhan yang bukan-bukan dek kerana mimpi suami menikah lagi dengan wanita lain. 

Kan tak pasal-pasal dek kerana naik angin, suami yang takde niat nak menikah lagi benar-benar boleh punya istri baru. Almaklumlah, lelaki ni kan pantang di cabar! Huhu....

Alang-alang bercerita tentang isu kahwin lain ni, ingat ya para suami... poligami itu memang dibenarkan dalam Islam tetapi ada pelbagai syarat yang perlu diteliti. 

Jangan kahwin kerana ikutkan nafsu semata-mata kerana itu hanya akan memakan diri sendiri dan menghancurkan hati ahli keluarga.


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia




Tawaran Hebat Harga Jimat Amway 
ini kali betul-betul boom!!

whatsapp :




12 comments for "Maksud Mimpi Suami Kahwin Lain Menurut Islam "

  1. dalam mimpi pun dah sakit hati kalau betul-betul tak tahu lah kan kak... dana pernah mimpi edy ada affair dengan perempuan lain, bangun tido je terus bebel2, dia conpius apa salah dia heheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... sakit tuh di sini!!! sis prnh gak mimpi bangun tidur citer kat suami... dia leh sengeh je... adoi la... makin geram plak rasa =D

      Delete
  2. ammi pun pernah mimpi suami ammi kawin lain. bangun tido ammi jadi blur siap fikir...kalau betul dia kawin lain mestilah ada hari2 dia tak balik rumah..tp sentiasa je ada ngan ammi 365 hari. mmg mimpi tu buat ammi berfikir panjang

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAAA SAMA!!! sis pun bangun fikir.. masa bila leh ada pompuan lain ni?? tetiba jadi x leh beza nyata dan mimpi.. sabar je la

      Delete
  3. Tam çeviri olmadığı için anlayamadım ama teşekkürler paylaşım için 😊

    ReplyDelete
  4. selalulah bersangka baik dan jaga pemikiran..

    tentu sukar untuk menerima suami kahwin lebih dari satu namun jika sudah takdir...minta dijauhkan..

    takut nak komen lebih...terguris perasaan saya yang berdosa

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn komen lebih2 bab ni boss... bahaya! hahahahha... isu sensitif utk ramai org pompuan ni kiki

      Delete
  5. ada jugak mimpi macam tu.. bahaya2 hehe

    btw jemput join, http://www.zianaeunos.com/2019/10/segmen-jom-tukar-link-bloglist.html

    ReplyDelete
  6. pernah juga mimpi suami kahwin satu lagi... kite pulak yang kena balik... abang ok je kalau nak kawin satu lagi.. eeehh sabor je la

    ReplyDelete
  7. Ya Allah
    Malam tadi saya bermimpi. Suami saya yg baik yg budiman yg sentiasa melindungi saya. Kahwin lain. Dah 2tahun dan ada anak sorang. Saya menangis hingga kepagi. Saya kejut dia. Dan saya tanya bermacam soalan. Saya ambik phone dia. Yg memang x pernah pun dia sorok kan. Saya check segala apa yg boleh. Ya Allah cukup la mimpi. Kerana walau mimpi sakitnya teramat sangat.

    ReplyDelete
  8. Saya baru malam tadi bermimpi suami kawin lain dan dah ada anak sorang. Punya hancur hati saya sambil menangis sakit sesak dada. Tak boleh bayangkan kalau realiti ish..ish..

    ReplyDelete
  9. Sakit ny mimpi macam ni..bukan sekali berkali2 mimpi macam ni..Allah.. Tuhan je yg tahu..macam2 duk pk dalam kepala..kenapa dia sanggup buat mcm ni...aduhhh xsanggup dah rasa..

    ReplyDelete