Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Apakah Maksud Mimpi Pindah Rumah Dalam Islam? Ini Mungkin Jawapannya

Apakah Maksud Mimpi Pindah Rumah Dalam Islam? Ini Mungkin Jawapannya | Pernah tak kalian bermimpi pindah rumah? Kalau belum pernah mimpi pindah rumah tak mengapalah tetapi bagi yang telahpun mimpi pindah rumah, di sini ada beberapa maksud untuk mimpi pindah rumah ini. 

Tapi ingat! Sekadar nak baca arti pindah rumah untuk berseronok saja boleh dan jangan sesekali terima dan percaya bulat-bulat.


Bila search untuk maksud mimpi pindah rumah dalam Islam, bermacam jenis mimpi berkaitan pindah rumah yang keluar. 

Ada maksud mimpi pindah rumah sederhana, maksud mimpi pindah rumah besar dan cantik, maksud mimpi pindah rumah lama, maksud mimpi pindah rumah baru baru, maksud mimpi pindah rumah sewa dan juga arti mimpi pindah rumah kontrakan. Mak oi banyaknya!

Tak mengapalah, alang-alang dah jumpa maksud mimpi pindah rumah yang banyak ni, maka daku kongsikan di sini. Dan macam yang daku cakap tadi, maksud mimpi ini semua jangan pula di terima bulat-bulat kerana takut nanti boleh pula menganggu akidah kita.

Sebagai umat Islam kita kena yakin dan percaya pada Qada dan Qadar, bukannya pada maksud tafsiran mimpi. Tetapi sekadar nak baca sekali pandang sebagai bacaan suka-suka itu terpulang.

7 Tafsir Mimpi Pindah Rumah Dalam Islam


#1 - Maksud Mimpi Pindah Rumah Sederhana 


Diri mula berasa penat atas pekerjaan yang dilakukan sekarang. Pekerjaan tersebut mungkin memberikan keuntungan dan gaji yang besar, tetapi telah mengorbankan waktu masa untuk perkara yang lain. 
Waktu ini diri inginkan pekerjaan yang lebih santai agar dapat meluangkan masa yang lebih banyak bersama keluarga dan insan tersayang.

#2 - Maksud Mimpi Pindah Rumah Besar dan Cantik



Besar kemungkinan sudahpun berada di jalan yang betul untuk mencapai segala cita-cita yang diinginkan. Hubungan dengan keluarga, rakan-rakan dan insan tersayang juga sudah semakin baik. Banyakkan bersyukur dan cuba sedaya upaya untuk kekalkan prestasi seperti sekarang. 

#3 - Maksud Mimpi Pindah Rumah Lama 


Mungkin ada peristiwa di masa dulu yang masih menghantui fikiran dan besar kemungkinan juga itu adalah suatu peristiwa yang agak buruk dan menyedihkan. 

Maka janganlah terlalu diingatkan sangat. Bak kata pepatah melayu, ambil yang jernih dan buang yang keruh. 


#4 - Maksud Mimpi Pindah Rumah Buruk



Keadaan rumah yang agak buruk di dalam mimpi itu boleh melambangkan rasa risau dalam kehidupan. Ia juga boleh mengambarkan betapa risaunya diri ini untuk melangkah ke depan dalam keadaan yang agak kurang baik pada masa itu. 

#6 - Maksud Mimpi Pindah Rumah Sewa 

Maksud mimpi pindah rumah sewa atau arti mimpi pindah rumah kontrakan ini boleh mengambarkan situasi sekarang yang kurang baik dan dalam masa yang sama ada cita-cita untuk berubah.

Walaubagaimanapun, diri sendiri masih lagi rasa was-was dan takut untuk melakukan perubahan. Rasa helisah juga turut menghantui diri. 


#7 - Maksud Mimpi Pindah Rumah Baru Dalam Islam

Dikatakan, maksud untuk mimpi pindah rumah baru dari tempat tinggal yang biasa ke bentuk kediaman baru yang lebih baik boleh melambangkan pada penambahan rezeki yang lebih baik. 




Kesimpulan Untuk Mimpi Pindah Rumah Ini

1. Takut pada perubahan
Pindah rumah boleh mengambarkan rasa gembira atau sebaliknya. Jika sekarang memang sudah hidup dalam keadaan yang selesa maka mimpi pindah rumah boleh menggambarkan rasa risau. 
2. Ingin segera meninggalkan sesuatu
Jika sekarang berada dalam keadaan atau suatu lokasi yang kurang disukai maka mimpi pindah rumah boleh mengambarkan kemahuan diri yang ingin keluar dari situasi tersebut. Diri ingin lari dari keadaan yang stress untuk kembali hidup gembira seperti sebelumnya. 
3. Ingin bersendiri
Jika sekarang sedang tinggal bersama keluarga atau rakan-rakan yang agak ramai dalam satu rumh maka mimpi pindah rumah mungkin mengambarkan keadaan diri yang lebih inginkan sebuah privasi. Mungkin juga sedang alami masalah dengan sesiapa yang berada dalam rumah tersebut hinggakan diri rasa ingin pindah dan akhirnya terbawa sampai ke dalam mimpi. 
4. Ingin orang lain pergi dari hidupmu
Jika kebetulan bermimpi sedang menolong orang lain untuk pindah rumah, besar kemungkinan diri sendiri mahu orang tersebut untuk pergi jauh. Akan tetapi jika waktu sedang tolong berpindah itu disulami rasa sedih, berat nak lepaskan dia pergi maka itu mungkin mengambarkan yang diri sendiri sangat menyayanginya hingga tak sanggup untuk berpisah jauh. 

Jangan Sesekali Obses Dengan Mimpi

Itulah serba sedikit untuk maksud mimpi pindah rumah. Berdasarkan pembacaan dan perkongsikan ini, nampaknya mimpi pindah rumah ini ada maksud yang berkaitan dengan kehidupan. Jangan pula bila mimpi pindah rumah maka benar-benar nak pindah rumah. Eh janganlah sampai tahap  tu.

Mimpi ini tetap hanyalah sebuah mimpi. Apa yang perlu di ubah adalah pada diri sendiri. Jika kebetulan sedang ada masalah maka cubalah selesaikan. Jika kebetulan sedang bergelut dengan sesebuah pekerjaan yang kurang disukai maka bolehlah cuba di cari pekerjaan lain yang lebih baik dan selesa.

Yang pasti, dalam kehidupan ini kita ada Allah SWT untuk dijadikan tempat mengadu. Adulah padaNya untuk apa jua perkara. Jika rasa sedih suarakan kesedihan padaNya dan jika rasa bahagia berikan rasa terima kasih dengan ucapan dan sujud syukur padaNya. 

Jangan cepat melatah jika mimpi pindah rumah buruk atau sebagainya. Ingat! Hanya Allah SWT saja yang berkuasa atas sesuatu dan masa yang ada di hadapan tidak ada kena mengena dengan sebarang ramalan dari dalam mimpi. 


Biar mimpi berpindah ke rumah bagus , buruk , indah , mewah , cantik atau sederhana sekalipun, itu hanyalah sekadar keinginan yang ada dalam diri hingga terbawa-bawa sampai ke dalam mimpi. Dont over thinking okay! 


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia





Tawaran Hebat Harga Jimat Amway 

ini kali betul-betul boom!!

whatsapp :


4 comments for "Apakah Maksud Mimpi Pindah Rumah Dalam Islam? Ini Mungkin Jawapannya "

  1. banyaknyee mimpi pindah rumah ye. kaella setakat ni belum pernah lagi mimpi macamni hehe

    ReplyDelete
  2. my kind of dreams is very different. well maybe im just too stress and tired.

    ReplyDelete
  3. wah... sya tak mimpi sya yang pindah rumah, tapi mimpi kawan yang pindah rumah! haha

    https://mylittlestoryi.blogspot.com/

    ReplyDelete