Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Donat Lembut Yang Mudah Tanpa Perlu Uli

Resepi Donat Lembut Yang Mudah Tanpa Perlu Uli | Daku memang suka juga makan donat. Lagi-lagi donat yang gebu dan lembut dengan rasa yang seimbang. Cuma nak buat sendiri kat rumah selalu je tergendala bila memikirkan proses menguli tepung yang agak lama tu. Tapi sekarang rasa malas tu dah bertukar jadi rajin bila jumpa resepi donut gebu tanpa perlu uli.

Bagai tak percaya tapi memang betulpun boleh buat kuih donut yang gebu dan lembut tanpa perlu di uli-uli tepungnya. Resepi donat ni simple je dan boleh di buat kar rumah dengan senang.

Jadi pada sesiapa yang berhajat nak buat donut kat rumah tapi malas nak uli tepung lama-lama, bolehlah cuba resepi kuih donat mudah tanpa perlu uli ni sekali. Bahan dan cara untuk resipi buat donut yang gebu dan cantik tanpa uli adalah seperti kat bawah ni. Jom cuba!


Bahan-Bahan Untuk Membuat Donat Homemade 


Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
  • 1 paket yis
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu gula
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu marjerin
  • 1 sudu teh garam


Cara-Cara Untuk Membuat Donat Gebu 


Ini pula adalah langkah membuatnya.
1. Satukan Bahan Basah
Mula-mula, masukkan semua bahan basah iaitu air suam, yis, susu, dan gula ke dalam sebuah bekas. Tunggu sehingga kembang. Sementara nak kembang tu, boleh buat bahan kering dulu.

2. Satukan Bahan Kering
Di dalam sebuah bekas yang lain, satukan pula bahan kering iaitu merjerin, tepung, garam, dan baking powder. Ramas hingga sebati.

3. Campurkan Bahan Kering & Bahan Basah
Kemudian masukkan bancuhan bahan basah (yis yang telah kembang) dalam bancuhan bahan kering (tepung). Gaul rata dan tutupkan adunan.
Nak tutup dengan plastic wrap pun boleh. Nak tutup dengan kain pun boleh.

4. Tunggu 1 Jam
Biarkan adunan tadi selama 1 jam.
Lepas 1 jam, tengok adunan dah naik dua kali ganda. Sekarang dah bolehlah canai dan terap.

5. Bentukkan Donut
Terapkan comel-comel. Acuan Kak Nurul ntah hilang mana, jadi terpaksalah menggunakan jari-jemari yang lembut ni untuk menjadikan rupa donut.
6. Gorengkan
Bila dah siap, terus gorengkan dalam minyak panas.

7. Salut Gula
Akhir sekali, salutlah gula yang dikisar atau gunakan terus gula halus / gula kastor.
Nak bubuh topping lain macam coklat ke, boleh je. Ikut suka hati tekak masing-masinglah ya
Itulah dia bahan dan cara untuk resepi donut gebu tanpa uli yang boleh kita cuba kat rumah. Rasanya tak susah mana kan? Hanya perlu campur itu dan campur ini, biarkan kemudian canai dan terus goreng untuk di makan. 
Bagi mama mama yang ada anak kecil tu senanglah sikit. Tak payah nak habiskan terlalu banyak masa di dapur untuk proses menguli tepung. Pada tuan empunya asal resepi donut gebu tanpa uli ni, terima kasih banyak diucapkan. 
Yahooo.. dah tahu cara mudah buat donut tanpa uli. Nampaknya lepas ni dah boleh buat kuih donut sendiri.. yes! =D
Credits : Sirap Limau
Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:

Sis Hawa Dot Com 

Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Malaysia Blogger Influencer & Content Writer

2 comments for "Resepi Donat Lembut Yang Mudah Tanpa Perlu Uli"

  1. Wahh nampak sedpp

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/?m=1

    ReplyDelete
  2. dari gambar pun nampak dia gebu... ^^

    ReplyDelete