Assalamualaikum ualls.... BBB telah bersiaran pada 3 Mac 2019, setiap hari Ahad pada pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam dibawakan khas dari studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam. 

“Setiap minggu kita akan tampilkan sketsa yang “fresh” dan artis jemputan yang berbeza, saya rasa teruja untuk membuat latihan dan persembahan live dengan artis jemputan. Insya-Allah kita akan cuba yang terbaik” kata Achey.




BBB 2019 menampilkan lima pelawak tanah air iaitu Achey, Shuk, Chaiwan, Mamak Puteh dan Sharif Zero. Juara BBB musim lalu Mark Adam akan bergandingan dengan Saiful Apek sebagai juri tetap manakala Elly Mazlein sebagai hos. Juri tetap bertanggungjawab menilai persembahan peserta sebanyak 50%, manakala 50% lagi menerusi undian penonton di www.xtra.com.my/BBB2019 


Jika tahun 2018 yang lalu sangat terkejut dengan kejayaan Mark Adam, tahun ini entah siapalah yang akan menang.. Yang pasti Mark Adam memang best! Dari penyanyi dah kenapa tetiba masuk kepada rancangan pelawak. Tapi rupa-rupanya Mark sendiri yang mahu sertai kerana ingin uji dirinya tu. Apa tidaknya, mula-mula beliau sampai ke sini sebagai penyanyi tetapi dengan tidak semena-mena tetiba je kehadirannya boleh membawa rasa lucu. Apa yang pasti, bagi aku Mark memang lucu kerana loghat percakapan dan pembawaan dirinya yang nampak ala-ala selamba dan innocent tu.

- PESERTA BBB 2018 -

Walaubagaimanapun, aku sama sekali tak boleh meneka siapakah yang bakal menjadi pemenang. Ini kerana semuanya sama-sama bagus. Sama-sama lucu. Sama-sama best! Tahun ini makin rasa susah untuk pilih lagi sekali.

- PESERTA BBB 2019 -


Yang pasti, konsep yang di ketengahkan pada tahun ini memang menghiburkan. Dengan hanya ada 5 peserta yang akan membuat pesembahan dengan 5 artis jemputan yang berbeza pada setiap minggu dapat memberikan kelainan dan kesegaran pada penonton untuk mendapatkan hiburan yang berbeza setiap minggu. Cara begini barulah best! Takde la asyik nampak muka yang sama jer tiap-tiap minggu...

Harap-harap akan adalah persembahan terlajak seronok sebagaimana yang berlaku antara Mark Adam dan Mat Dan pada tahun 2018 yang lalu. Episod tu memang best giler!

- sama-sama berasal dari negara luar tapi kini Malaysia menjadi pilihan - 

BBB 2019 juga dapat disaksikan secara langsung di laman Youtube TV3Malaysia dan portal video tonton di www.tonton.com.my. ikuti laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3iaitu @TV3Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai BBB 2019 dan jangan lupa hangatkan perbualan anda di laman sosial dengan #BBB2019!
Alang-alang dah tonton, jom sama-sama kita undi para peserta yang ualls rasa best... Undian di buka dari jam 6 petang sehingga 10pm, setiap Ahad. Undian ini adalah untuk mencari pemenang mingguan dan hadiah untuk pemenang mingguan ini adalah wang tunai sebanyak RM10,000.

Untuk membuat undian, sila layari lamanweb ini >> https://www.xtra.com.my/ms/bbb2019



____________________________________________________