Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

RESEPI SUP SAYUR CAMPUR ALA UTARA

Ini antara menu yang aku suka. Kalau aku tengah kurang selera untuk makan nasi, menu inilah yang ku masak dan makan sehingga kenyang. Yang paling penting, semestinya mudah dan sedap untuk di makan. Menu ni juga cukup famous kat utara tanahair tempat kelahiranku. Kat negeri lain mungkin juga ada tapi yang pasti sejak kecil lagi aku sudah dihidangkan dengan menu ni oleh emak di kampung.

Jika di lihat pada tajuk resepinya tertera perkataan SUP sebabnya rasa dan bau menu ini memang seakan-akan sup tetapi.... tidak ada sebarang bahan kering yang selalunya di gunakan untuk memasak sup di dalam resepi ni. Apa yang ada hanyalah sayur-sayuran, bawang dan juga halia. Yang penting sila follow cara memasaknya dengan betul.

BAHAN-BAHAN :
1/2 batang Carrot
sedikit Sawi
sedikit Kobis
sedikit Bunga Kobis
1 biji Tomato
1 biji cili besar
Daun sup (wajib!)
Fish ball
Daging / Udang / Sotong
1 inci halia
2-3 ulas bawang merah
2-3 ulas bawang putih
2 cawan Air

CARA-CARA :

1. Potong semua sayur mengikut size yang di sukai. Ketepikan.

2. Hiris halus bawang merah, bawang putih dan juga halia kemudian tumis dengan sedikit minyak hingga kelihatan sedikit garing. Sedikit garing tau bukannya hangit ye ualls.. =D

3. Masukkan air dan biarkan sehingga betul-betul mendidih.

4. Apabila telah mendidih, masukkan ke semua sayur-sayuran yang telah di potong tadi, kacau rata dan biarkan sehingga mendidih sekali lagi. Masa menunggu untuk mendidih bagi kali yang ke dua ni tak lama tau. Kejap je.

5. Sebaik saja telah mendidih, segera masukkan daging / udang / sotong dan fishball.

6. Kacau sekejap selama 2-3 minit atau sehingga daging / udang / sotong bertukar warna kemudian masukan garam secukup rasa.

7. Tutupkan api dan sedia untuk di makan.


[ Artikel Menarik Yang Lain ]


Make sure ikut step memasak seperti yang di terangkan di atas tu okay dan aku yakin ualls pasti akan suka dengan rasa sayur ni yang ala-ala sup. Nak ratah macam tu saja pun best sebabnya ada rasa manis-manis asli daripada daging, udang dan sotong.

Untuk sayur ualls boleh guna apa saja sayur yang ualls suka. Kalau letak cendawan dan suhun pun best... seperkara lagi kalau ualls nak diet pun okay, sebabnya boleh makan tanpa nasi. Cuma minyak utk menumis tu ualls tukarkan terus pada kaedah merebus.

SELAMAT MENCUBA!! =D




Tawaran Hebat Harga Jimat Amway 

ini kali betul-betul boom!!

whatsapp :

9 comments for "RESEPI SUP SAYUR CAMPUR ALA UTARA"