Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

25 Tanda Allah Sayang Kita Sebagai Hamba Nya

25 Tanda Allah Sayang Kita Sebagai Hamba Nya | Allah uji tanda Allah sayang, quotes ini memang dah selalu dengar. Kita selalu mendengar dan menyebut ayat 'Allah uji sebab Allah sayang'. Dalam erti kata lain, ujian Allah tanda Allah sayang kita. Walau diuji dengan kesusahan, Allah SWT tetap bersama kita.

Orang yang bersabar bila diuji pasti boleh faham kenapa kesusahan Allah beri dalam hidup sesiapa di dunia ini. Bagi yang belum cukup faham, mungkin boleh timbul beberapa persoalan.

Adakah sakit itu tanda Allah tak sayang kita?

Adakah kemiskinan ini tanda Allah tak sayang kita?

Kenapa Allah tarik nikmat pada manusia selepas beri?

Adakah ujian musibah kesusahan itu tanda Allah tak sayang kita juga?

Apakah tanda-tanda yang menunjukkan Tuhan itu sebenarnya sayang pada kita?


Allah uji sebab allah sayang in english boleh disebut sebagai 'God tests because God loves us'. Kasih sayang Allah SWT tidak tolak bandingnya. Kasih sayang Allah ini memang melebihi rasa cinta kita pada seseorang. Rindunya Allah SWT pada kita melebihi rasa rindu kita pada seseorang. 

25 Tanda Allah Sayang Pada Hambanya

Untuk pengetahuan, diuji sakit tanda Allah sayang kita juga. Jika mahukan jawapan tentang apa kaitan ujian dugaan musibah dan kesusahan ini dengan tanda Allah sayang kita, baca artikel ini hingga akhir. 

Berikut tanda Allah sayang pada hambanya. Contoh ujian Allah kepada manusia untuk menentukan kedudukannya di sisi Allah.

1. Diberikan Kesedihan 

Hamba yang disayangi oleh Allah kerap diberi kesedihan. Sebab dengan kesedihan itu, seorang hamba akan sering menyebut Nama-Nya. 

2. Diberikan Kesakitan 

Dengan kesakitan itu kita akan selalu memohon kesembuhan-kesembuhan dari-Nya. Tidaklah Allah meletakkan sebuah penyakit melainkan meletakkan juga ubatnya. Dengan sakit, Allah mencabut dosa-dosa kita, InsyaAllah Taala. 

3. Diberikan Kehilangan 

Kehilangan membuat seorang hamba terpuruk dan kembali mengingat sang penciptanya. Dengan kehilangan kita akan semakin sujud (solat) dan menyebut Nama-Nya agar diberi ketabahan dan kekuatan.

4. Diberi Kesusahan 

Jangan ingat kesusahan itu tanda Allah SWT tak sayang kita. Kesusahan bukan bermakna Allah dan berpaling dari kita. Sebaliknya, dengan kesusahan itu kita akan semakin belajar tentang redha dan sabar.

5. Diberikan Penderitaan 

Jiwa yang menderita yang akan semakin dekat pada-Nya. Penderitaan yang ditanggung walaupun berat terasa lebih ringan bila kita banyak berserah diri pada Allah SWT. 

6. Diberikan Kemiskinan 

Allah Maha Kaya! Sekaya kayanya seorang manusia di dunia ini, tidak ada yang lebih kaya dari Allah. Saat diberi kemiskinan Allah mahu mengajar kita untuk meminta dari Nya bagi mencukupkan apa yang kurang. 

Boleh jadi bantuan itu datang dalam bentuk peluang pekerjaan, hadir asbab melalui seseorang datang membantu dan sebagainya. Wallahualam. Paling penting, jangan lupa untuk bersyukur saat tiba apa-apa bantuan dari Allah SWT. 

7. Diberikan Kehinaan 

Hina bukan satu perkara yang mudah untuk ditanggung. Terasa hina di mata seseorang boleh menyebabkan kita berasa rendah diri. Tapi, hinanya kita di dunia tidak bererti hina di mata Allah SWT.

Allah memberikan kehinaan ini untuk kita meminta kemuliaan dari Nya yang jauh lebih hebat dan bagus dari pujian sesiapa di atas muka bumi ini. 

tanda-allah-sayang
Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang 

8. Diberikan Ujian Tidak Ada Anak (Tak Punya Zuriat)

Anak merupakan salah satu bentuk rezeki. Ada kalangan sahabat dan keluarga yang sama sekali tak punya anak. 

Ujian tak ada anak ini selalunya dikaitkan dengan sabar. Allah mahu ajar bersabar, berusaha dan hanya meminta sesuatu dari Dia, bukannya dari benda-benda lain. 

9. Diberikan Dugaan Lambat Bertemu Jodoh 

Tidak bertemu jodoh mengajar kita untuk sabar dan yakin dengan perancangan Allah SWT. Tapi, tidak bererti perlu terus berpeluk tubuh menunggu jodoh datang sendiri. Usahalah cari jodoh itu dan jika masih belum dapat harap bersabar. 

10. Diberikan Kesusahan Gagal Dalam Percintaan 

Gagal bercinta bukan bererti selamanya akan bersedih. Memang sakit akibat putus cinta. Tapi jika sudah dia bukan jodoh kita, maka lepaskanlah. Allah SWT lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. 

11.  Diberikan Jodoh Yang Kurang Baik

Ada juga ujian untuk lelaki atau perempuan yang telah bertemu jodoh tapi kurang baik akhlaknya. Ini juga ujian untuk kita berusaha betulkan sikap pasangan kita. 

Penceraian bukan jalan keluar sebaliknya berusahalah dulu untuk memperbetulkan apa yang salah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat dan ini juga merupakan satu ujian dalam hidup berumahtangga. 

12. Diberikan Ibu Ayah Untuk Kita Jaga 

Untuk seorang anak, ada juga yang diuji oleh kesihatan orang tua (ibu ayah) yang memerlukan perhatian dari kita.

Aku sendiri punya seorang rakan di mana beliau pernah berdepan dengan ujian sebegini. Ketika beliau sudah punya kerjaya dengan gaji yang agak besar, ayah beliau telah jatuh sakit. 

Antara kerjaya dan tanggungjawab sebagai seorang anak lelaki untuk menjaga kebajikan ayah sendiri , beliau memilih untuk berhenti kerja dan lepaskan gaji tinggi untuk pulang ke kampung.

Allah Maha Mengetahui, berkat keputusan itu beliu kembali ke kampung dan meneruskan bisnes satay yang ayahnya sudah mulakan. 

Bisnes ini seakan mati segan hidup tak mau tapi dek kesungguhan dan rezeki dari Allah SWT, bisnes satay ini boom dalam masa yang sangat cepat. Rakan yang aku maksudnya ini adalah Encik Syafiq, pengusaha Satay Serai Wangi di Sitiawan Perak. 

13. Diberikan Majikan Yang Kedekut

Majikan yang kedekut boleh bikin kita sakit kepala. Alangkah bertuahnya diri jika dapat majikan yang baik, memahami dan bertolak ansur. Bagus lagi jika tidak kedekut dan dapat berkerja di bawahnya dengan rasa tenang. Majikan kedekut ini juga sejenis ujian. 

14. Diberikan Orang Susah Datang

Selain dari contoh di atas, kehadiran orang susah yang datang meminta bantuan juga merupakan sejenis ujian yang diberikan Allah pada kita. Waktu itu akal mula berfikir patut bantu atau tidak. Hati pula mula menjentik emosi hingga diri sendiri rasa susah untuk buat keputusan. 

15. Diberikan Tetamu Tanpa Undangan 

Tetamu yang datang ke rumah tanpa undangan ini bukan dari kalangan manusia semata-mata. Tetamu tanpa undangan ini boleh jadi kucing yang berkeliaran, dah berhari-hari tak makan. Tetamu begini juga merupakan ujian Allah untuk mengajar kita perasaan belas kasihan pada makhluk ciptaanNya. 


Kesusahan Itu Ujian, Kesenangan Juga Sejenis Ujian

Ujian bukan dalam bentuk perkara yang susah semata-mata. Ujian boleh datang dalam bentuk kesenangan juga. 

16. Diberikan Rezeki Jodoh Baik 

Rezeki dapat jodoh yang baik boleh mengajar kita untuk menjadi insan yang lebih baik juga. Barulah dapat menjadi manusia yang lebih baik untuk hidup dengan lebih bahagia bersama pasangan. 


17. Diberikan Rezeki Anak Ramai 

Rezeki anak ramai aku sendiri sedang lalui. Dikurniakan 6 orang anak oleh Allah SWT ini juga merupakan ujian pada aku dan suami. Bukan mudah untuk mendidik dan mengasuh enam orang anak sekaligus. 

Ujian ini mengajar aku dan suami untuk lebih bersungguh dan berusaha dalam mencari rezki Allah SWT. Aku dan suami juga dapat mendidik diri untuk menjadi lebih sabar ketika berdepan dengan sikap anak-anak dalam proses pembesaran mereka ini. 


18. Diberikan Kesenangan Hidup

Senang hidup tanpa perlu susah payah kerja teruk juga merupakan ujian. Kesenangan hidup ini boleh melalaikan diri dengan keseronokan hidup hingga lalai untuk melaksanakan tanggungjawab kepada Allah SWT. 

19. Diberikan Nikmat Kemewahan

Kesusahan bukan tanda Allah tak sayang kita. Kemewahan ini pula bukan tanda Allah hanya sayangkan golongan yang mewah semata-mata. Ingatlah! Allah SWT itu maha adil. Menjadi orang kaya juga ada ujian. Kemewahan itu bukan untuk bermegah-megah tapi untuk membantu golongan lain yang memerlukan. 

20. Diberikan Kesihatan Tubuh Badan 

Kesihatan tubuh badan yang baik hendaklah kita jaga selalu. Jangan ingat kesihatan ini untuk kita melakukan perkara yang sia-sia. Gunakan umur, tenaga dan kesihatan itu untuk melakukan perkara-perkara baik di jalan Allah SWT. 

21. Diberikan Nama Dan Pangkat

Nama dan pangkat tidak hanya akan memberikan rasa gembira tapi juga rasa resah kepada si pemegang nama dan pangkat ini. 

Kenapa? Kerana nama dan pangkat ini boleh menyebabkan seseorang itu sentiasa cuba didekati oleh orang lain dan tidak semua daripada mereka itu datang dengan niat yang ikhlas. 

22. Diberikan Ilmu Yang Banyak 

Ilmu yang banyak juga merupakan salah satu ujian daripada rezeki Allah. Ada orang sukar untuk faham yang ilmu itu juga merupakan salah satu rezeki dari Allah. 

Tujuan ilmu itu untuk memberi kebaikan pada orang lain dengan digunakan cara yang betul. Bukannya hanya simpan segala ilmu untuk kedudukan diri sendiri. 

23. Diberikan Wajah Yang Sempurna 

Wajah cantik juga ujian. Kita sendiri selalu dengar kisah dalam masyarakat kita yang terkena buatan orang. Bila diri disukai seseorang sedangkan kita tidak suka padanya, bermulalah episod yang tidak sepatutnya ecara senyap. 

24. Diberikan Segala Permintaan Dengan Mudah 

Ada orang, ketika sedang rasa susah ada saja bantuan yang tiba. Ketika mahukan sesuatu, ada orang yang dapat bantu tunaikan. Sesungguhnya ini juga boleh dikaitkan dengan ujian. 

Jangan biarkan permintaan yang mudah ditunaikan itu sebagai asbab untuk kita semakin jauh dari Allah SWT. Jangan jadikan juga situasi ini sebagai permulaan diri untuk melupakan Allah sebagai pemberi rezeki. Sentiasalah bersyukur untuk menjaga jiwa. 


25. Diberikan Kemudahan Dalam Pelbagai Urusan 

Kemudahan dalam pelbagai urusan hampir sama dengan ujian segala permintaan menjadi mudah. Jika ada dikalangan kalian yang sukar untuk melalui sesuatu ujian, amalkan doa dipermudahkan urusan supaya segalanya boleh berjalan dengan lebih lancar atas izin Allah SWT. 

Motivasi Diri : Ketika Kita Mengeluh Allah Menjawab

Bagi yang nipis imannya, mereka pastinya akan mengeluh, merungut dan merintih. Habis semua orang tahu yang dirinya itu sedang dilanda ujian. Cara menghadapi ujian dari Allah yang terbaik adalah sabar.

Surah Al Baqarah tentang ujian dengan jelas memberitahu kita yang Allah itu Maha Tahu apa yang kita tak tahu. Hikmah ujian Allah itu ada, cuma kita perlu bersabar. 

Untuk memiliki kelebihan bersifat sabar dalam menghadapi ujian hidup, renungkan gambar di bawah ini. 

tanda-allah-tak-sayang
Kita Mengeluh Allah Menjawab

Dalil Allah Sayang Hambanya 

Antara tiga bentuk ujian Allah kepada manusia adalah sakit, kehilangan dan kemewahan. Allah menguji hambanya dengan penyakit, dengan kesedihan, dengan kemewahan dan kesenangan. 

Di bawah ini sebahagian koleksi ayat-ayat termasuk ayat redha dengan ujian Allah. 
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” (al – Anbiya’ : 35)
”Sesungguhnya Allah akan menjaga hambaNya yang beriman –dan Dia mencintaiNya- seperti kalian menjaga makanan dan minuman orang sakit (diantara) kalian, karena kalian takut pada(kematian)nya.” (HR. Al Hakim, Ibnu Abi ’Ashim dan Al Baihaqi)
” Allah memberikan dunia pada yang Dia cintai dan yang Dia benci . Tetapi Dia tidak memberikan (kesadaran ber) agama, kecuali kepada yang Dia Cintai. Maka barang siapa diberikan (kesadaran ber) agama oleh Allah, berarti ia dicintai oleh – Nya.” ( HR. Imam Ahmad, Al Hakim dan Al Baihaqi)
” Jika Allah menginginkan kebaikan penghuni satu rumah, maka Dia masukkan kelembutan.” (HR. Imam Ahmad, Al Hakim dan At Tarmidzi)

“Dan orang-orang yang sabar karena mencari keridhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik).“ (QS. Ar Ra’d : 2)

 “Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak cucu Adam, Kami angkat mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rizki yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan mahluk-mahluk yang telah Kami ciptakan.” (QS. Al-Isra’: 70). 

Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mau menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina.” (QS. Gafir : 60)

“Barang siapa membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya; dan barang siapa yang membawa perbuatan yang jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikit pun tidak dianiaya (dirugikan).” (QS. Al – An’am : 160) 

 “Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. An Nisa’: 110).

“Jika Allah menghukum manusia karena kezalimannya, niscaya tidak akan ditinggalkan- Nya di muka bumi sesuatu pun dari makhluk yang melata, tetapi Allah menangguhkan mereka sampai kepada waktu yang ditentukan. Maka apabila telah tiba waktu (yang ditentukan) bagi mereka, tidaklah mereka dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak (pula) mendahulukannya.” (QS. An-Nahl:61)

“Katakanlah hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).” (QS. Az Zumar: 53-54).

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu, berilah kelapangan di dalam majelis-majelis, maka lapangkanlah. Niscaya Allah Swt. akan memberi kelapangan untukmu. Apabila dikatakan, berdirilah kamu, maka berdirilah. Niscaya Allah Swt. akan mengangkat (derajat) orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa derajat. Allah Swt. Maha teliti apa yang kamu kerjakan.” (QS. Al-Mujadalah: 11)


10 Kelebihan Memahami Tanda-Tanda Allah Sayang Kita 

Sebagai HambaNya Semoga boleh cepat mengerti bagaimana dugaan pada manusia ini boleh terkait dengan agama Islam sehingga diangkat sebagai tanda bahwa Allah SWT menyayangi hambaNya.

  1. Tidak terlalu leka dengan kehidupan dunia 
  2. Lebih memahami agama 
  3. Mengajar diri untuk lebih sabar 
  4. Mengubah perwatakan ke arah yang lebih lembut 
  5. Lebih taat dan mudah untuk melakukan suruhan Allah SWT 
  6. Tidak berani untuk mendekatkan diri dengan maksiat dan dosa Allah SWT 
  7. Didatangkan orang yang baik-baik disekeliling kita 
  8. Rezeki terasa lebih berkat dan cukup berbanding dulu, walau hakikatnya nilai itu sama 
  9. Terjaga dari kehidupan di dunia untuk keseronokan di akhirat 
  10. Mengangkat Darjat Orang Beriman


Ceramah Hadits Allah Mencintai Hambanya - Ustaz Jafri Abu Bakar

Hadits jika Allah mencintai hamba Nya memang ada. Melalui video ceramah ini, Ustaz Jafri Abu Bakar ada menyebut contoh-contoh Allah sayang kita. Ada juga dalil nabi Allah sayang kita di dalam video ceramah ini. 


Ceramah Ujian Hebat Tanda Allah Sayang - Ustaz Firdaus 


Kesimpulan 

Setiap umat Muslim tentunya mengharapkan keredhaan serta kasih sayang dari Allah. Allah SWT menyayangi dan mengasihi semua makhluk ciptaan-Nya. Kasih sayang Allah SWT tiada tandingan. 

Kita jangan lupa yang Allah SWT adalah sebaik-baiknya pelindung dan penolong. Banyak tanda-tanda Allah sayang kita, atas diri masing-masing untuk nampak semua ini ataupun tidak. 

Jangan asyik mencari tanda Allah tak sayang kita, sebaliknya berusahalah untuk tunjuk kasih dan sayang kita pada Allah. 

Semoga perkongsian tanda-tanda Allah sayang kita ini dapat membantu dalam memahami maksud ujian tanda Allah sayang ini. 

Penutup

Terima kasih sudah meluangkan waktu untuk membaca artikel ini, sampai jumpa lagi di artikel yang lain. 

Boleh SHARE sebagai bahan bacaan manfaat untuk orang lain sambil gandakan pahala diri sendiri. 


Rujukan : 

1. BHarian 


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia



4 comments for "25 Tanda Allah Sayang Kita Sebagai Hamba Nya"

  1. Salam, semoga hati kita sentiasa bertabah menempuhi ujian

    ReplyDelete
  2. Allahukbar...good sharing! sgt betul..kadang2 bila terasa Allah sayang tu membuatkan kita rasa sgt sayu & rasa kerdil sgt...moga kita semua sentiasa dirahmati &diredhai Allah...aamiin...

    ReplyDelete
  3. Tanda Allah sayang kita datang dari sudut positif dan negatif bagi kita. Namun ,setiap yg kita fikir negatif tu tetap ada hikmah nya. Itu juga adalah tanda Allah sayang kita.

    Maka, setiap kesedihan berlaku sbb Allah nak bagi kita hadiah akhirnya . Sama juga tiap-tiap kesusahan berlaku, Allah dah sertakan kesenangan.

    ReplyDelete