Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

3 Resepi Ayam Masak Merah Simple Sedap Macam Kenduri

3 Resepi Ayam Masak Merah Simple Sedap Macam Kenduri | Ayam masak merah merupakan salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia. Ada juga yang panggil menu ayam masak merah ini sebagai menu ayam masak rose. Terdapat pelbagai resepi ayam masak merah yang boleh di cuba. Terpulang nak cuba resepi ayam masak merah yang mana satu mengikut citarasa masing-masing. 

Paling sedap bila cuba resepi ayam masak merah yang boleh dikatakan lebih kurang sama rasanya seperti yang kita makan di kenduri kahwin. Nak ayam masak merah ala kenduri yang pedas atau kurang pedas, boleh olah sendiri. 

Resepi lauk ayam masak merah sesuai digandingkan dengan pelbagai jenis nasi. Ayam masak merah ni sesuai dimakan dengan nasi putih, nasi minyaknasi lemak dan nasi tomato

Sesuai juga untuk hidangan meja pengantin di hari kenduri, hidangan Hari Raya dan hari-hari biasa. Menu dan cara masak ayam masak merah berkuah atau tidak berkuah ini mudah saja sama seperti ayam masak kicap. Sangat simple, cepat dan sedap. 

Mencari resepi ayam masak merah ala kenduri yang sedap? 

Di sini dikongsikan beberapa aneka resepi ayam masak merah sebagai panduan. Resepi Ayam Masak Merah yang dikongsikan kali ini lebih mudah dan menggunakan bahan-bahan yang kebiasaannya ada di dapur.

1. Resepi Ayam Masak Merah Mudah

resepi-ayam-masak-merah
Resepi Ayam Masak Merah Simple Sedap Macam Kenduri

Bahan-bahan 

  • 1 ekor ayam 
  • 1 genggam cili kering* 
  • 2 biji buah tomato* 
  • 1 biji lobak merah* 
  • 3 biji bawang besar* 
  • 5-6 biji bawang putih* 
  • Halia* 
  • 1/2 sudu kecil jintan manis* 
  • Secubit jintan putih* 
  • 4 sekawan 
  • 1 batang serai (dititik) 
  • Sehelai daun pandan (disimpul/potong) 
  • 4-5 sudu sos cili 
  • 1 biji bawang besar (dimayang) 

Cara buat ayam masak merah 

Gaul ayam dengan kunyit dan garam. 

Goreng sekejap bagi kering air sahaja. 

Kisar bahan bertanda *. 

Panaskan minyak goreng ayam tadi, tumis 4 sekawan, serai dan daun pandan. 

Apabila sudah wangi, masukkan bahan kisar tadi, masak sehingga bahan sebati. 

Masukkan ayam dan sos cili. 

Kacau dan masak sehingga pecah minyak. 

Perasakan dengan garam dan gula. 

Masukkan bawang besar dan tunggu sehingga masak. 

Taburkan daun sup untuk hiasan. 

Tips: Cili kering harus direbus dan dibasuh bersih untuk dapatkan warna menarik. Jintan manis harus lebih dari jintan putih. 

Sumber: Ruslan N Melor dari Masak Apa Hari Ni

2. Resepi Ayam Masak Merah

Resepi-Ayam-Masak-Merah
Resepi Ayam Masak Merah Simple Sedap Macam Kenduri

Bahan-bahan 

  • 1 ekor ayam 
  • 3 biji bawang besar 
  • 4-5 ulas bawang putih* 
  • 1 1/2 inci halia* 
  • 3-4 senduk cili kisar 
  • 5 sudu besar sos cili 
  • 2 biji tomato 
  • 2 batang serai (diketuk) 
  • 1 batang kulit kayu manis 
  • 3 biji bunga lawang 
  • 5 buah pelaga 
  • Garam dan gula secukupnya 

Cara buat ayam masak merah 

Potong kecil dan basuh bersih ayam. 

Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit, goreng separuh masak. 

Kisar bahan bertanda *. 

Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau. 

Masukkan serai dan tumis lagi. 

Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga garing. 

Masukkan cili kisar dan masak sehingga garing. 

Masukkan sos cili dan tomato. 

Biar seketika dan kacau sekali sekala. 

Perasakan dengan garam dan masukkan ayam tadi. 

Gaul sehingga masak. 

Sumber: Salimah Olie dari Masak Apa Hari Ni

3. Resepi Ayam Masak Merah Dengan Susu Cair

Resepi-Ayam-Masak-Merah
Resepi Ayam Masak Merah Simple Sedap Macam Kenduri

Bahan-bahan 

  • 1 ekor ayam 
  • 3 biji bawang besar* 
  • 4 ulas bawang putih* 
  • 1 ruas lengkuas* 
  • 1 ruas halia* 
  • 2 batang serai* 
  • 4 sekawan 
  • 1 senduk cili kisar 
  • 1/2 tin puri tomato 
  • 1 batang lobak merak (kisar halus bersama air) 
  • 2 sdm sos tomato 
  • 1 sdm sos cili 
  • 4 sdm gula perang 
  • 1 sdt garam 
  • 1/2 sdt cukup rasa 
  • 1/2 tin susu cair 
  • Minyak untuk menumis 
  • Daun pandan 
  • 2 biji bawang besar (potong bulat) 
  • Daun bawang jika suka 

Cara membuat ayam masak merah 

Bersihkan ayam, gaul dengan garam dan kunyit. 

Goreng tak perlu garing, angkat dan ketepikan. 

Kisar halus bahan bertanda *. 

Panaskan minyak, tumis bahan kisar, 4 sekawan dan daun pandan sehingga naik bau. 

Masukkan cili kisar, puri tomato, sos tomato dan sos cili. 

Masak sehingga pecah minyak. 

Masukkan lobak merah yang sudah dikisar dan juga ayam. 

Tambahkan air jika kering. 

Reneh sebentar dan masukkan susu cair serta bahan lain. 

Masak sehingga pecah minyak. 

Akhir sekali, masukkan bawang yang sudah dipotong bulat dan daun bawang. Boleh tutup api. 

Sumber: Zadariah Zakaria dari Masak Apa Hari Ni

Kesimpulan 

Resepi ayam masak merah salah satu juadah lauk pauk yang sangat enak jika digandingkan bersama nasi tomato, nasi minyak, nasi hujan panas mahupun nasi putih biasa. Jika nak makan nasi tersebut dengan lauk lain (selain ayam masak merah) juga boleh. 

Jika tak mahu lauk masak merah ini, boleh cuba variasi ayam yang lain seperti kurma ayam, ayam buttermilk, kari ayam, rendang ayam, rendang ayam pencen, ayam masak blackpepper dan macam-macam lagi. 

Sekiranya langsung tak ada idea, boleh cuba resepi nasi ayam atau nasi lemak mudah yang enak dan sesuai dihidangkan pada bila-bila masa. Terdapat pelbagai resepi ayam masak merah, ada yang ala-ala kenduri, ada yang manis dan ada juga yang pedas meletup. Konsep masak dan bahan yang digunakan lebih kurang sama. 

Selamat mencuba!


Sumber : 

1. My Resepi 


Jemput join di telegram:



1 comment for "3 Resepi Ayam Masak Merah Simple Sedap Macam Kenduri"