Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Senarai Lengkap Air Yang Boleh Dan Tidak Boleh Minum Dalam Pantang

Senarai Lengkap Air Yang Boleh Dan Tidak Boleh Minum Dalam Pantang | Bila fikir tentang minuman dalam pantang ni terus teringat saat di beri minum milo sebaik saja lepas selamat bersalin. Nikmat betul. Terus hilang rasa dahaga! Tapi apalagi air yang boleh minum dalam pantang ni? Apakah pula air yang tidak boleh diminum ketika berpantang?

Okay disebabkan sebelum ini aku ada share tentang 

Maka sekarang ni afdal sangatlah untuk aku kongsikan tentang senarai air boleh minum dalam pantang pula. Yelah, takkan asyik nak minum air kosong je kan? Boring juga.



Selepas melahirkan bukan saja makanan yang perlu dititik beratkan tapi juga minuman dalam pantang. Pengambilan makanan dan minuman semasa berpantang perlu di beri perhatian supaya tidak memudaratkan kesihatan. 

Ohya, semasa berpantang jangan asyik makan saja hingga hadkan diri sendiri dari minum banyak air. Minuman dalam pantang bersalin penting juga. Baru susu badan lebih meriah!

20 Jenis Air Yang Boleh Di Minum Ketika Dalam Pantang

Di sini akan ku senaraikan minuman dalam pantang terutama untuk ibu lepas bersalin.  Ini antara cadangan air yang boleh di minum ketika berpantang dan semoga dengan adanya senarai ni mudahlah untuk para ibu tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. 

Antara air yang boleh minum dalam pantang ialah :

1. Air Kosong Suam

Air kosong memang sangat penting sebagai minuman untuk ibu berpantang! Adalah lebih baik jika ibu berpantang ni amalkan minum air kosong suam. 

Ini kerana air kosong suam yang bersifat sedikit panas dapat bantu lancarkan darah dan keluarkan peluh. Jumlah yang disyorkan adalah lebih kurang 2 liter sehari.

2. Susu Kambing 

Nak dapatkan susu kambing asli bukannya mudah kan? Jadi boleh saja minum susu kambing dalam bentuk tepung yang dibancuh dengan air suam. 

Sedap minum susu kambing suam ni kerana ia dapat bantu perbanyakkan lagi susu ibu. Susu kambing juga boleh bantu sihatkan lagi tubuh ibu dan lancarkan darah.

3. Susu Tepung Untuk Ibu Menyusu 

Jika tak suka dengan susu kambing boleh minum susu tepung biasa. Lebih baik jika amalkan susu tepung yang khas untuk ibu menyusu badan. Barulah susu badan boleh jadi meriah untuk si comel minum.

4. Minuman Coklat Panas seperti Milo dan sebagainya 

Tak salah nak minum milo dan coklat panas ni TAPI sila jangan minum dengan tahap yang keterlaluan. Dalam erti kata lain jangan minum kerap sangat sampai beberapa kali sehari. 

Jangan juga di bancuh dengan terlalu pekat. Ini kerana minuman dalam bentuk 'malt' ini sebenarnya boleh menyebabkan masalah sembelit.

5. Horlicks 

Horlicks juga boleh di minum dan ada yang mengatakan susu menjadi semakin banyak selepas minum horlicks. Namun horlicks ini sama juga seperti milo. 

Jangan di bancuh terlalu pekat kerana takut nanti boleh berlaku masalah sembelit. Memadai minum beberapa hari sekali sekadar untuk melepaskan rasa bosan akibat asyik minum air yang sama saja setiap hari.

6. Susu Badam Kurma 

Susu badam kurma memang sedap! Nak buat pun tak susah. Caranya campurkan 1 gelas susu rendah lemak bersama 2 biji kurma, 7 biji kismis dan 5 biji badam. 

Kisar semuanya dan bolehlah terus di minum. Susu badam kurma ini dikatakan bagus juga untuk penambahan susu ibu. Nak lagi best, buat ikut kuantiti kat bawah ni dan bolehlah di minum sekali dengan suami.



7. Air Teh O / Kopi O

Teh ni sebenarnya agak berangin. Melainkan teh herba, itu lain. Selain daripada itu teh dan kopi ini ada kafein yang jika di amalkan selalu boleh menjejaskan kualiti susu ibu. 

Kiranya air teh dan air kopi boleh minum dalam pantang. Ya, nak minum tak salah cuma jangan terlalu kerap.

 Kat sini kan ada banyak jenis minuman jadi bolehlah di tukar-tukar tanpa perlu di ambil minuman teh dan kopi O saja hari demi hari. Apapun air kopi untuk ibu berpantang boleh di minum cuma jangan terlalu kerap. Cukuplah sekadar sesekali buat lepaskan rasa teringin.

8. Air Madu


Madu memang ada banyak khasiat. Air madu juga elok untuk panaskan badan yang sejuk. Tapi jangan di minum banyak sangat takut nanti suhu badan menjadi lebih tinggi hingga mengakibatkan demam dan air susu kurang.

9. Air Rebusan Herba

Air rebusan herba ada banyak jenis. Ada yang boleh terus di beli dan ada juga yang lebih suka buat sendiri. Bagi yang tidak tahu dari mana nak dapatkan herba ni boleh cuba resepi air rebusan herba cara homemade. 



10. Air Nasi / Air Didih Beras

Air nasi atau air didih beras ni memang dah ramai yang tahu ianya berkhasiat untuk tubuh. Air didih beras dikatakan ada vitamin dan enzim untuk tubuh. 

Cara untuk mendapatkan air beras ini mudah saja. Ketika ingin masak nasi lebihkan kandungan air daripada biasa dan setelah air rebusan nasi tu menggelegak, keluarkan sedikit airnya.

Sejukkan dan bolehlah di minum. Untuk rasa lebih sedap boleh tambahkan dengan sedikit gula. 

Antara lain air yang boleh diminum ketika berpantang adalah seperti :

11. Air Kunyit
12. Air Pegaga 
13. Air Manjakani 
14. Air Halia
15. Air Serai (detox)
16. Jus Kurma
17. Jus Roselle
18. Jus Delima
19.  Jus Oren
20. Jus Carrot

Cara Minum Air Dalam Pantang Dengan Betul

Ini adalah antara kaedah cara minum air yang betul buat ibu ketika berpantang 44 hari. Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk hari biasa setelah selesai tempoh berpantang nanti.



#1 - Elakkan minum terlalu banyak sangat air manis kerana air manis ini boleh menyebabkan luka lambat sembuh. 

#2 - Jangan teguk air kosong terlalu banyak dalam satu masa. Minumlah sedikit demi sedikit secara berulang. 

#3 -  Minum dengan cara menghirup adalah lebih baik daripada meneguk kerana ia akan lebih cepat menghilangkan dahaga.

#4 - Jangan selang selikan dengan minum air ketika sedang makan. Tabiat ini tidak elok untuk sistem penghadaman dan boleh menjadi salah satu punca perut menjadi menggeleber.


#5 - Seloknya minum air sedikit demi sedikit hingga mencapai kandungan 2 liter sekaligus. Jangan terlalu takut untuk minum air ketika dalam pantang kerana ia akan boleh menyebabkan susu menjadi kurang dan masalah sembelit. 


Bacaan Berkaitan : 

6 Sebab Utama Mengapa Ibu Berpantang Perlu Banyak Minum Air Suam 

Sebab #1 : Dapat Menyegarkan Tubuh Badan Ibu

Sebab #2 : Dapat Bantu Memperbanyakkan Susu Ibu

Sebab #3 : Mencegah Sembelit

Sebab #4 : Mempercepatkan Proses Penyembuhan Luka Bersalin

Sebab #5 : Mengelakkan Berlakunya Dehidrasi

Sebab #6 : Mengelak Jangkitan Kuman / Kencing Kotor


Antara Air Yang Tidak Boleh Di Minum Ketika Berpantang 

Jika tadi disenaraikan jenis air yang boleh minum dalam pantang, ini pula adalah sebahagian dari jenis air yang tak boleh minum dalam pantang.

[X] Air Kosong Yang Sejuk

[X] Air Manis Yang Berais

[X] Air Dengan Pewarna Tiruan

[X] Air Yang Bergas

[X] Air Yang Memabukkan

[X] Air Kelapa / Tuak / Nira

[X] Jus Tembikai, Jus Jambu Batu, Jus Nenas


Dalam Pantang Boleh Minum Air Sejuk / Ais Batu Tak? 

Petua orang tua, dalam pantang tak boleh minum air kosong sejuk sebab takut nanti perut jadi buncit! Faraj pula akan jadi kembang dan berair! Nanti faraj dah tak ketat macam dulu! 

Emakku sendiri tak sarankan daku ambil air sejuk sebab katanya takut nanti boleh jadi demam dan sebagainya. Cuma mak takde pula sebut buncit dan lain-lain tu. 

Tapi tak dinafikan yang kajian saintifik ada mengatakan yang air suam adalah jauh lebih bagus dari air sejuk / berais. Ini kerana air suam mampu lancarkan peredaran darah dan mempercepatkan proses penyembuhan luka. 



Kenapa tak boleh minum air sejuk dalam pantang ni sebenarnya? Disebabkan rasa nak tahu tu sangat tinggi maka aku sempatlah juga cari info yang berkaitan. Menurut bacaan tersebut, sebab tak boleh minum air sejuk dalam pantang ni adalah :

  • Kesan buruk air batu / ais ini kepada badan kita amat memudaratkan terutama sekali selepas kita makan. Air batu yang sejuk tersebut secara tak langsung akan membekukan makanan berminyak di dalam perut kita sekaligus melambatkan proses penghadaman.

  • minuman berais ni, badan kita akan cepat mengah/ penat. Ini dek kerana air batu tadi telah memperlahankan fungsi peparu kita untuk menukar gas oksigen kepada karbon dioksida.

sumber : Sumbat Parok

Dalam Pantang Boleh Minum Air Soya Tak?

Air soya boleh minum tak dalam pantang? Hmmm... susah nak explain part air soya ni sebabnya ada yang cakap boleh dan ada yang cakap tak boleh. Tapi untuk selamat rasanya baik JANGAN minum. Aku sendiri tak berani nak sentuh air soya ni waktu dalam pantang. 

Sebabnya... (teruskan pembacaan)


Sebabnya aku ada terbaca yang kacang soya ni tinggi kandungan asid phytic (sejenis bahan anti-nutrien) yang menghalang penyerapan zat dan mineral seperti kalsium, magnesium, zat besi dan zink yang penting untuk badan. 

Akibatnya, zat  makanan yang kita makan tidak akan memberi manfaat kerana tidak diserap oleh tubuh. 

Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan. 

Alah, apa nak risau habis pantang nanti boleh minum juga kan? Jadi daripada was-was baik tak usah minum semasa masih lagi berada di dalam pantang ni.

Dalam Pantang Boleh Minum Air Barli Tak?

Aku tak pernah pula cuba minum air barli sewaktu dalam pantang. Tapi mengikut pembacaan ramai juga yang minum air barli ni dalam pantang. 

Ia dikatakan dapat menyejukkan badan dan diyakini dapat bantu banyakkan susu ibu. Kiranya ramai yang berpendapat bahawa air barli boleh minum dalam pantang.


Caranya adalah dengan merebus biji barli sehingga kembang dan minum air rebusannya setelah suam. Boleh juga ditambah sedikit gula tapi janganlah tahap terlajak manis. Beli biji barli dan rebus sendiri tau! Jangan pula di beli barli siap segera dalam tin dan sebagainya.


Baca Juga :

Dilema Antara Pantang Moden Dan Tradisional 

Jika di tanya pada pendapat peribadiku yang telah selamat berpantang selepas melahirkan 6 anak ini, aku terima seadanya secara sama rata antara pantang moden dan tradisional. 

Tak dinafikan aku lebih suka pantang cara moden yang bagi aku lebih releven dengan gaya hidup sendiri. Tapi dalam masa yang sama aku juga ikut guna pakai gaya tradisional terutama untuk perkara yang baik seperti amalan bertungku, berstokin dan sebagainya.

Begitu juga dengan soal makanan dan minuman ni. Jika aku yakin aku boleh ambil semasa berpantang maka aku teruskan dan jika aku was-was maka aku tak amalkan. 

Yelah tempoh berpantang ni jika difikirkan balik bukannya lama sangat pun. Pejam celik je dah habis. Lagipun tak boleh makan dan minum itu ini tak bererti dah tak ada pilihan makanan dan minuman sedap lain yang kita tak boleh ambil.

Kesimpulan

Tak kisahlah pantang moden ataupun tradisional yang penting jangan sesekali abaikan soal makanan dan minuman. Dalam pantang tubuh nak cepat sembuh dan sihat sambil menyusu baby maka amalkanlah makanan dan minuman boleh minum ketika berpantang yang berkhasiat. 


Senarai lengkap air yang boleh dan tidak boleh minum dalam pantang dah ada, sekarang untuk menu makanan yang sedap-sedap pula. Dalam pantang tak bermakna kena makan ikan kering je. 

KLIK DI SINI untuk dapatkan 44 Koleksi Resepi Menu Berpantang Yang Mudah Dimasak dan Sedap!


Jemput join  : 


Semoga bermanfaat. 








8 comments for "Senarai Lengkap Air Yang Boleh Dan Tidak Boleh Minum Dalam Pantang"

  1. teringat masa pantang dulu, biasa minum air suam, air milo... kadang ada juga lah jus oren.. lain2 mmg jarang or takde rasanya

    ReplyDelete
  2. good info awa tq for sharing

    ReplyDelete
  3. memang kurang2 sudah minum air ais. kadang2 ja

    ReplyDelete
  4. جزاك الله خير الجزاء

    ReplyDelete
  5. tq sharing sis. Perkongsian yang bagus ")

    ReplyDelete