Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

14 Resepi Topping Coklat Yang Sedap Untuk Kek, Biskut, Brownies Atau Donat

14 Resepi Topping Coklat Yang Sedap Untuk Kek, Biskut, Brownies Atau Donat | Topping coklat memang menjadi kegemaran. Jangan kata kek, kalau boleh semua benda nak letak topping coklat. Paling best kalau keknya itu lembap dan lembut seperti resepi kek coklat kukus moist yang disaluti topping coklat, aduh! Nikmat betul. 

Cara buat topping coklat ni tak susah sebenarnya. Cuma perlukan sedikit kesabaran dalam menentukan sukatan bahan dan proses memasak. Walaubagaimanapun, tahap kepekatan coklat topping tu boleh disuaipadan mengikut kreativiti masing-masing. 

Jika nak hias atas kek dengan nampak lebih cantik boleh guna topping coklat yang lebih pekat manakala jika nak nampak lebih meriah dengan sapuan kek secara menyeluruh, boleh terus tuang je topping coklat tu ke atas kek! Takde siapa akan marah pun. Cuma kena tahulah cara membuat coklat cair untuk topping dengan betul. 

Terliur pula bila lihat topping coklat ni. Topping kek coklat begini memang sedap. Tak nak tunggu lama, jom kita belajar dengan mengikut resepi topping coklat untuk kek brownies biskut roti dan lain-lain seperti di bawah.




Untuk diri ini, daku lebih suka topping yang pekat dan banyak. Lagi-lagi kalau makan dengan potongan kek brownies atau donut. Memang mabeles sangat! Mak mertua lalu pun boleh tak perasan. 



Cara Buat Topping Coklat : 14 Resepi Topping Kek Coklat Yang Sedap

Topping coklat sangat mudah disediakan dan sering digunakan untuk hiasan. Di sini akan dikongsikan 14 resepi berserta dengan cara untuk buat topping yang betul dan sedap untuk kek coklat moist, biskut, brownies, donut dan sebagainya. 

Jom kita tengok resepi di bawah untuk kita cuba sama-sama. 

#Resepi 1

Bahan-Bahan
  • 100 gm coklat masakan 
  • 3 sudu besar air panas
  • 1 sudu besar pekat manis
Cara-Cara

double boiler semua bahan diatas hingga sebati dan cair


#Resepi 2

Bahan-Bahan

  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sb minyak
  • 1/2 serbuk koko

Cara-Cara

masukan susu pekat manis bersama serbuk koko ke dalam periuk. kemudian gaul hingga sebati dan masak pada api kecil. selepas tu masukan minyak. gaul rata dan matikan api.


#Resepi 3

Bahan-Bahan

  • 2 cawan non diary whip cream
  • 1/8 cawan golden syrup
  • 500 gm coklat masakan

Cara-Cara


masukan whip cream ke dalam periuk kemudian didihkan. bila sudah mendidih masukan coklat dan kacau hingga rata. kemudian tambahkan golden syrup dan kacau sebati.




RESEPI TOPPING COKLAT 4
Bahan-bahan:
2 sudu marjerin
3 sudu besar susu cair @ air panas
1/2 cwn serbuk koko
4 sudu besar susu pekat

Cara-caranya:
1.Masak cara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..

RESEPI TOPPING COKLAT 5

Bahan-bahan:

150gram coklat masakan
35gram susu cair
1sudu kecil butter
Cara-caranya:
1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..

RESEPI TOPPING COKLAT 6

Bahan-bahan:

1/2 cawan koko
1/2 cawan susu
1 sudu besar minyak masak
Cara-caranya:
1. Masak kesemua bahan atas api perlahan
2. Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..

RESEPI TOPPING COKLAT 7

Bahan-bahan:

250gram coklat masakan (potong kecil-kecil)
1sudu besar majerin/butter
130ml double cream atau whipping cream
gula halus secukup rasa (optional)
Cara-caranya:
1.Cairkan coklat secara double-boiler
2.Alihkan dr api, kemudian masukkan majerin, gula dan cream..Kacau sehingga sebati..
3.Curahkan atas kek

RESEPI TOPPING COKLAT 8

Bahan-bahan:

1/2 bar coklat masakan
2 sudu besar butter
1/2 sudu besar gula halus
Esen vanilla beberapa titik
Cara-caranya:
1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..

RESEPI TOPPING COKLAT 9

Bahan-bahan:

200gram coklat masakan
2 sudu besar susu pekat
6 sudu besar air panas
Cara-caranya:
1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar dan curahkan diatas kek yang telah sejuk.


RESEPI TOPPING COKLAT 10

CHOCOLATE GANACHE:
450g Coklat - potong kecil
300g Cream - (heavy cream/thick cream/whip cream)
Masukkan ke dlm periuk kecil & masak dgn api kecil sehingga coklat cair.
Sejukkan sedikit sebelum di sapu ke atas kek.

RESEPI TOPPING COKLAT 11

200 gm susu isian sejat
600 gm coklat masakan
1 sb madu atau mentega
Masukkan ke dlm periuk kecil & masak dgn api kecil sehingga coklat cair.
Sejukkan sedikit sebelum di sapu ke atas kek.

RESEPI TOPPING COKLAT 12

300 gm coklat masakan - potong kecil
200 gm UHT whipping cream
1 sb mentega
Panaskan cream hingga mendidih sedikit dan matikan api. 
Masukkan coklat dan kacau hingga coklat cair dan sebati. Masukkan mentega dan sebatikan. Boleh sapu ke atas kek

RESEPI TOPPING COKLAT 13

1 sb gelatin
150gm coklat bar - compound
1 biji kuning telur
2 biji putih telur
2 sb gula castor
200 gm whipping cream

Cara-caranya:
Larutkan 1 sb gelatin dengan sedikit air panas.
Cairkan 150gm coklat bar. Guna kaedah double boiler.
Masukkan 1 biji kuning telur yg dah dipukul, butter 2 sb & gelatin. Gaul sebati. Ketepikan.
Pukul 2 biji putih telur dengan 2 sb gula kastor hingga bertanduk. Campur dlm adunan coklat guna kaedah kaup balik.
Pukul 200 gm whipping cream dan masukkan dalam adunan coklat.
Simpan dalam peti ais selama 2 jam sebelum digunakan

RESEPI TOPPING COKLAT 14

1/2 ketul buttercup
1/2 cwn serbuk koko
1/2 cwn susu pekat
Masak guna kaedah double boiler hingga sebati
Itulah dia beberapa resipi topping coklat yang mudah dan best untuk kita cuba. Tak kisahlah nak guna coklat masakan biasa, cadbury, ganache atau apa sekalipun. Yang penting bahan tersebut hendaklah dalam keadaan baik dan di masak dengan penuh prihatin. Bukannya apa, takut hangus! =D
Okaylah, selamat mencuba!
Kredit : Mok Niey

p/s: Jemput join group FB Suka Resepi Mudah untuk follow lebih banyak resepi viral dan mudah yang best-best!! 

10 comments for "14 Resepi Topping Coklat Yang Sedap Untuk Kek, Biskut, Brownies Atau Donat"

  1. sedapnya. kay nak nangis tgk

    ReplyDelete
  2. sedapnya lah bah tengok sis awa. adui craving pula malam-malam ni. haha.

    ReplyDelete
  3. alahhh terliur tengokk 😋😋😋

    ReplyDelete
  4. fuhhhh semua sedap....bleh try ni buh atas kek,tq resepi...ada macam2 rupanya hehehe

    ReplyDelete
  5. Wowww.. Ada banyak. Resepi topping rupanya

    ReplyDelete
  6. Sedapnya tengok kek ada topping coklat ni. Terliuar rasa

    ReplyDelete
  7. Sedapnya nampak topping kek ni...nyumsss

    ReplyDelete
  8. Untuk donut,resepi mne Yang sesuai

    ReplyDelete
  9. Saya ada try resepi topping coklat.tetapi minyak dan coklatnya berpisah lepas topping masuk peti sejuk kemudian letak luar utk dicairkan.ada sapa2 tau kenapa tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa memang mcm tu kalau ada minyak dlm bhn makanan letak dlm petik sejuk pasti terpisah. So bhn kamu kena panas kan balik guna kaedah double boiler

      Delete