Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Panduan Lengkap Cara Dan Tabiat Pemakanan Yang Betul Untuk Ibu Mengandung

Panduan Lengkap Cara Dan Tabiat Pemakanan Yang Betul Untuk Ibu Mengandung | Apakah makanan yang baik untuk ibu hamil 1 bulan? Soalan ini seringkali bermain di fikiranku dulu saat disahkan hamil oleh doktor. Masa tu 1st time nak jadi ibu jadinya memang nervous yang teramat sangat. Risau juga kalau salah makan hingga boleh menjadi penyebab keguguran. 




Selain tu bimbang juga kalau anak tidak cukup zat hingga boleh menyebabkan masalah kesihatan. Eh macam-macam soalanlah yang bermain kat fikiran pada waktu tu. 

Sebab itu, adalah penting untuk setiap ibu hamil untuk tahu jadual pemakanan ibu mengandung berserta dengan cara dan tabiat makan yang betul semasa hamil ni. At least takdelah timbul masalah kesihatan pada ibu dan baby. 

Special untuk para ibu hamil trimester pertama, di sini daku kongsikan panduan lengkap cara dan tabiat pemakanan untuk ibu mengandung terutama untuk ibu yang baru hamil di trimester pertama yakni tmpoh hamil 1 hingga 3 bulan. Semoga dengan perkongsian ini dapatlah diketahui apa yang patut dan apa yang tidak selama tempoh mengandung ini. 


Kenali Ciri Makanan Yang Betul Untuk Ibu Mengandung 

Apakah amalan dan pemakanan untuk ibu mengandung yang membantu perkembangan bayi? Mesti ramai akan berkata sayur adalah makanan yang paling sihat dan berkhasiat. Tetapi sedarkah bahawa sayur yang tidak disediakan dengan betul boleh mendatangkan mudarat juga. 

Dan cara lain untuk makanan ibu hamil yang sihat berkhasiat adalah dengan memakan buah buahan namun tahukah pula yang tidak semua buah itu sesuai untuk ibu hamil di trimester pertama ini. 

Kerana itu, jika sekadar berpendapat dengan makan sayur dan buah sudah dapat memberi sumber makanan sihat berkhasiat untuk ibu mengandung, ternyata ianya masih belum lagi sempurna. 




Maka cadangan makanan paling bagus adalah dengan mengambil jenis makanan yang berkhasiat seperti daging, ayam, ikan dan sayur yang tinggi kandungan khasiat tanpa sebarang kemudaratan. Banyakkan juga minum air kosong dan jika rasa panas badan boleh amalkan minuman dari biji barli yang direbus sendiri di rumah. Buah seperti epal juga bagus untuk di makan tika hamil begini. 


Senarai Penuh Makanan Yang Tidak Boleh Diamalkan Teruatama Semasa Awal Kehamilan

Masalah tabiat makan yang sukar untuk dibendung sepanjang tempoh hamil memang agak merisaukan. Ada ibu hamil yang dengan sendirinya akan rasa bernafsu untuk makan dan ada pula yang sama sekali tidak mampu untuk menyentuh apa-apa makanan. 

Pemakanan semasa mengandung dan di tambah dengan masalah mabuk hamil memang agak merisaukan. Apapun suka ataupun tidak, lalu untuk makan ataupun tidak, hakikatnya pemakanan adalah penting dan merupakan cara utama yang dapat bantu tumbesaran bayi di dalam kandungan.




Antara jenis makanan yang perlu dielak di awal kehamilan khususnya adalah seperti :

Antara buah-buahan yang perlu dielakkan semasa kehamilan: 

  • Papaya : kaya dengan susu getah yang boleh membawa kepada kontraksi rahim
  • Anggur hitam : membina haba di dalam badan yang membahayakan bayi
  • Nanas : kaya dengan bromelain yang boleh melembutkan serviks yang membawa kepada kelahiran awal

Antara sayur-sayuran yang perlu dielakkan semasa kehamilan: 

  • Kubis dan salad : membawa penyakit bawaan makanan
  • Terung : ciri rangsangan menstruasi yang boleh menyebabkan pengguguran

Lain-Lain Makanan Yang Harus Dielakkan

Ikan yang mengandungi merkuri : 
Merkuri, unsur yang terdapat di lautan, sungai, dan tasik, diubah menjadi methylmercury dalam tubuh manusia. Ia adalah neurotoxin dan dikaitkan dengan kerosakan otak dan kelewatan perkembangan pada bayi.
Makanan laut yang di bakar
makanan laut yang diproses mengandungi garam yang tinggi hingga boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dan pembengkakan bahagian tubuh badan.
Kerang mentah : 
Elakkan makan kerang mentah seperti tiram dan kerang untuk menjauhkan diri dari penyakit makanan laut dan keracunan makanan.
Telur mentah @ kurang masak : 
tidak boleh makan telur mentah, kurang masak, atau telur rebus kerana ia mengandungi bakteria salmonella yang berbahaya yang menyebabkan keracunan makanan.
Daging mentah dan ayam : 
Memakan daging / ayam mentah seperti daging merah jambu atau daging mentah yang berdarah, boleh menyebabkan toksoplasmosis kerana ia mengandungi parasit Toxoplasma.
Makanan dalam tin
Lapisan tin makanan mengandungi Bisphenol A (BPA), bahan toksik yang menjejaskan aktiviti endokrin janin dan menyebabkan masalah kesuburan, kanser, penyakit hati, dan penyakit jantung pada wanita hamil



Jom Amalkan Tabiat Makan Yang Betul Untuk Sihat Semasa Hamil 


Berbanding wanita yang tidak hamil, setiap ibu mengandung perlu amalkan tabiat pemakanan yang baik. Corak pemakanan sebelum dan semasa kehamilan mungkin berlainan kerana amalan makan semasa hamil memang harus di jaga dengan penuh perhatian supaya segala zat makanan dapat sampai pada bayi yang dikandungkan.

1. Makan Dalam Jumlah Sikit Tapi Kerap
Sebelum hamil mungkin akan makan sesuatu menu sehingga betul kenyang sebelum berhenti makan. Jumlah makanan juga kadangkala tampak banyak untuk dihabiskan. Namun tika hamil keadaan ini ternyata berbeza. 

Semasa hamil para ibu mengandung wajib tahu dan tekankan ibu boleh makan apa sahaja yang dirasakan selamat tapi dengan secara sedikit, tetapi kerap. Maksudnya makan dalam kuantiti sedikit dan ulanglah makan secara berperingkat sehingga habis.

2. Jangan Makan Makanan Yang Pedas
Elakkan juga pengambilan makanan pedas dan berminyak kerana ia boleh menyebabkan ibu mudah muntah. 

3. Elakkan Diri Dari Minum Minuman Berkafein 
Minuman berkafein seperti kopi dan teh juga tidak baik untuk ibu hamil. Jika teringin sangat nak minum sedikit sesekali, itu atas penilaian fikiran sendiri. Untuk kesegaran tambahkan halia, lemon atau asam di dalam minuman dan minum banyak air kosong. 




Baca Juga : 
Bayi Kurang Gerak? Lekas Segera Ke Hospital, Baby Anda Dalam Bahaya!!!


4. Tidak Boleh Makan Makanan Yang Ada Ciri Mentah
Sedar ataupun tidak, terdapat makanan yang boleh membahayakan ibu dan anak dalam kandungan. Ia akan memberi kesan buruk kepada kesihatan dengan cara menyebabkan kerosakan mata dan antara makanan yang boleh datangkan mudarat ini adalah makanan mentah yang kurang masak. Sebagai contoh daging kurang masak, telur suku masak dan sebagainya. 

5. Makan Untuk Seorang Bukannya Berdua 
Ramai dikalangan ibu hamil yang sengaja makan banyak dengan alasan patut makan lebih untuk anak. Sebenarnya cara ini salah. Apa yang patut di buat, ibu makan untuk diri sendiri dan pilih makanan untuk ibu mengandung yang organik dan tanpa bahan kimia.

Jangan makan melebihi jumlah pengambilan biasa kerana ia boleh bertukar menjadi satu tabiat makan yang buruk. Tabiat makan yang buruk ini boleh menjadi penyebab pada masalah berat badan yang berlebihan. Berat badan berlebihan ini boleh meningkatkan risiko penyakit kencing manis semasa hamil.  

6. Tetap Usaha Makan Sesuatu Walau Rasa Mual 
Walau ada rasa mual dan loya semasa mengandungmakanan tetap kena di ambil demi baby. Jika ditakdirkan tidak suka nasi mungkin boleh dicuba menu makanan yang lain. Paling tidak minumlah susu, oat, nestum, roti dan biskut. 

7. Jangan Buka Selera Makan Terlalu Besar Dengan Alasan Mengidam
Jangan juga buka selera makan terlalu besar hingga mahu itu dan mahu ini dengan alasan baby yang sedang mengidam. Itu semua hanyalah kerana hormon sebenarnya. Diri sendiri mengada. Letih dan mengidam adalah tabiat 'terlebih manja' yang tidak patut diikutkan sangat.

Tahu nak gunakan kesempatan sedang hamil untuk bermanja dan di manja bagai permaisuri oleh suami tapi janganlah terlalu over ye. Kan tak pasal bila lahir anak tu pula terlebih manja nak itu ini. Kan boleh susahkan diri sendiri tu.




[ Bacaan Menarik Lain ] : 
Asma Ul Husna : 99 Nama Allah SWT Berserta Doa & Manfaatnya

Maksud Mengandung Di Luar Rahim Berserta Doa 
Kenapa Suami Alahan Ketika Isteri Hamil?
Cara Bacaan Bismillah 5 Sebagai Pendinding Dan Penyembuh


Jangan Lupa Makan Vitamin Yang Dibekalkan Oleh Hospital

Makanan patut di jaga dan vitamin tidak boleh dilupakan. Tak perlu susah payah beli vitamin yang mahal di farmasi kerana pihak hospital memang ada sediakan vitamin ini. Daku pernah dengar sejak dari ngandung anak pertama lain, ada di kalangan ibu beritahu vitamin yang dibekalkan hospital tidak perlu di makan kerana boleh menyebabkan aplikasi anak besar.

Hmmm itu semua hanyalah mitos. Yelah, pihak hospital bekalkan seperti asid folik, besi, dan kalsium yang bagus untuk otak bayi dalain-lain. Maka sayang sangat jika tidak di makan. Saiz berat badan bayi menjadi besar akibat makan semua vitamin ini sama sekali tidak benar. Buktinya daku sendiri amalkan vitamin ini untuk 6 kali kehamilan dan ke enam-enam anakku lahir hanya dengan saiz sekitar 2.6 ke 3.1kg sahaja. 



Semoga perkongsian ini dapat memberi serba sedikit info panduan untuk para bakal ibu di luar sana. Selamat melalui tempoh kehamilan yang penuh bermakna. 


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia





8 comments for "Panduan Lengkap Cara Dan Tabiat Pemakanan Yang Betul Untuk Ibu Mengandung"

  1. i need to start and watch my nutrition more now. i think.

    ReplyDelete
  2. Hopefully with this partnership you will find out what is right and what is not during this pregnancy period.

    ReplyDelete
  3. Ibu mengandung memang perlu banyak makan berkhasiat kan. Tapi tuhlah bila mengandung macam macam pulak yang dingidamnya. Kadang yang perlu dielakkan makan nak jugak makan

    ReplyDelete
  4. Dua kali mengandung, dua kali saya alahan. Memang nak kena makan makanan seimbang, kalau tak baby pun tak cukup zat.

    ReplyDelete
  5. Very interesting post, sangat penting buat calon ibu untuk memperhatikan diet dan tabiat makan :)

    Have a great week end!

    ReplyDelete
  6. moga bermanfaat kepada ibu2 hamil

    ReplyDelete
  7. perkongsian menarik untuk ibu hamil.

    ReplyDelete