Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

RESEPI SIRA LABU KELANTAN - SENANG BUAT , SEDAP MAKAN

Assalamualaikum... korang suka makan labu tak? Kalau ya kita geng! Dan kalau korang nak tahu labu ni juga adalah salah satu makanan kegemaran Rasullulah SAW kerana kat labu ni ada bermacam khasiat.... Anas bin Malik sahabat dekat Rasulullah mengatakan, pernah ada seorang penjahit yang mengundang Rasulullah untuk pesta dan makan hidangannya. 

"Aku pergi bersama dengan Rasulullah ke pesta itu. Dia menyajikan roti gandum, sup labu dan potongan daging. Aku melihat Rasulullah pergi setelah menghabiskan satu piring sup labu, jadi saya selalu menyukai labu sejak saat itu."

paling daku suka labu manis yang berwarna kuning dengan size agak kecik tu... selalu juga labu ni daku masukkan sekali ke dalam bubur nasi si Kasih Sufi. Jika waktu minum petang plak, boleh di masak sebagai pengat (serawa) dan jika nak cara lebih mudah boleh je di sira dengan rasa ala-ala karamel.

LABU YANG TELAH DI SIRA GULA
Alang-alang tengah cerita bab labu, kat sini daku kongsikan sekali apakah khasiat labu ni pada tubuh badan kita sehinggakan Rasulullah SAW sendiri suka makan labu ni hingga diperakui sendiri oleh para sahabat.

Khasiat dan Keistimewaan Buah Labu Pada Tubuh Manusia


Penelitian ilmiah pada Medical News Today menyebutkan labu kaya dengan vitamin A dan C. Makan labu baik untuk jantung dan mengandung serat, kalium dan vitamin C yang sangat baik untuk jantung. Aisyah (ra) juga pun pernah diperintahkan oleh Rasulullah SAW ketika memasak untuk menambahkan labu yang lebih banyak karena dapat memperkuatkan jantung. 




Bahkan labu ini juga dapat menurunkan risiko kanser prostat dan kanser usus besar. Ini dapat diperkuatkan lagi dengan kisah pada zaman Nabi di mana ketika Nabi Yunus AS keluar dari perut paus, saat membersihkan diri, dia menemukan labu dan memakannya untuk membantu memulihkan kondisi tubuhnya. Tak hanya buahnya, daun labu juga dapat dimanfaatkan untuk obat yang dapat menyembuhkan luka kulit kerana itu pucuk labu juga sering dimasak sebagai sayur lemak.


Labu ini amat berkhasiat dan boleh di makan daripada daun, buah sehinggalah kepada bijinya. Jika isi labu bagus untuk jantung dan usus, daun untuk ubati luka maka biji pula bagus di kalangan wanita terutama yang telah berada di dalam golongan menopause. 



Jom Masak Labu - Resepi Labu Sira Yang Mudah

Bahan-bahan :
1. 1 biji labu size sederhana
2. Gula melaka (ikut kemanisan yang korang nak)
3. Gula pasir (ikut kemanisan yang korang nak)
4. Daun pandan
5. Kapur makan (untuk rendamkan labu supaya dia pejal dan tak mudah lembik)
6. Garam secukup rasa

ada tiga bahan pun dah boleh buat sira labu

Cara-cara untuk membuatnya :

1. Kupas kulit labu dan potong mengikut citarasa korang. Kemudian rendam labu yang telah dipotong tadi dengan air kapur. Ini untuk memejalkan labu apabila dimasak nanti

2. Setelah beberapa jam labu direndam didalam air kapur, basuh dan toskan labu tersebut.

labu yang sedang di rendam di dalam air yang telah di campur dengan kapur makan

3. Masukkan labu ke dalam periuk bersama gula melaka, gula pasir, garam, dan daun pandan. 

4. Tak perlu masukkan air kerana labu tu akan mengeluarkan air. Tapi, jika nampak terlalu kering bolehlah masukkan sedikit air dalam beberapa sudu untuk mudahkan lagi pencairan gula untuk di serap oleh labu.


5. Masak dengan api yang perlahan. Masak lebih kurang 1/2 atau satu jam @ bila nampak labu tu dah lembut dan masak boleh tutup api.

6. Sedia untuk dihidang. Mudahkan cara nak membuatnya? Bahan sikit, langkah-langkah pun senang giler!! Yang tak pandai masak pun boleh acah-acah tunjuk skill 


[ Artikel Menarik Yang Lain ]





Jika tak suka dengan sira labu yang agak manis, bolehlah dimasak dengan cara yang lain seperti masak lemak , serawa, bubur, puding, jemput, sup berkrim, puding, kek dan lain-lain lagi... selamat menjamu selera dengan labu yang sangat berkhasiat.............. =D 


6 comments for "RESEPI SIRA LABU KELANTAN - SENANG BUAT , SEDAP MAKAN"

  1. Sedap pulak nengok walau Sis ni bukan pengemar pengat atau sira *tak kisah apa-apa jenis...huhuhu

    ReplyDelete
  2. sedap memang suka labu..lemak manis tu sedap

    ReplyDelete
  3. tak pernah cuba lagi nampak sedap lah

    ReplyDelete
  4. saya suka serawa labu yg santan tu. adoi memang menahan rasa betul lah. haha

    ReplyDelete
  5. lama dah tak makan sira labu ni hahahah...

    ReplyDelete