Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

30 Resepi Kuih 'Orang Lama' Yang Popular Di Bulan Puasa (Sehari Satu Resepi)

30 Resepi Kuih 'Orang Lama' Yang Popular Di Bulan Puasa (Sehari Satu Resepi) | Resepi kuih bulan Ramadhan memang sentiasa di cari. Almaklumlah, bulan puasa memang tak lengkap rasanya tanpa kuih muih pemanis mulut begini. Berbuka puasa dengan kuih-muih memang ramai yang suka di samping menikmati hidangan menu utama.

Antara resepi kuih berbuka puasa yang paling digemari adalah resepi juadah kuih berbuka puasa 'orang lama' yang sentiasa mendapat tempat di hati. Mudah cakap, resepi kuih muih tradisional yang bila di makan boleh teringat pada mak ayah di kampung.

Kuih muih klasik begini tak lapuk dek hujan dan tak lekang di panas kata orang. Malah banyak juga resepi kuih muih berbuka puasa yang simple dan boleh cuba buat sendiri sebagai menu tatkala berbuka nanti.

Bagi yang berhajat nak buat kuih berbuka puasa sendiri, gemarkan menu kuih 'orang lama' untuk berbuka puasa, di sini akan dikongsikan sebanyak 30 resepi kuih yang popular untuk berbuka puasa. Jika buat sehari satu resepi, boleh settle untuk 30 hari berpuasa ni.





Jom kita lihat antara 30 resepi kuih 'orang lama' yang sering menjadi pilihan untuk berbuka puasa. 

#1 - Kuih Cara Berlauk


Bahan tepung: 
200ml santan pekat 
200ml air 
4 biji telur gred B 
150gm tepung gandum 
1/2 tsp pewarna kuning 
Garam secukup rasa 

Bahan inti: 
200gm daging kisar - boleh digantikan dengan daging burger jika suka 
1 tbsp rempah kari daging 
1 ulas bawang merah 
1 ulas bawang putih 
1 cm halia 
Sedikit lada sulah 
Garam secukup rasa 

Hiasan: 
Daun sup - dihiris 
Cili merah - dihiris 
Bawang goreng 

Cara: 

1. Campurkan kesemua bahan tepung di atas dan kemuadiannya dikisar menggunakan blender. Tapiskan adunan. 

2. Untuk inti, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga agak garing. Masukkan rempah dan kacau sehingga naik bau sebelum masukkan daging, garam & lada sulah. 

3. Panaskan acuan dan sapukan sedikit minyak pada acuan. Tuang bahan tepung sehingga 3/4 acuan dan masukkan inti. Hiaskan dengan bawang goreng, hirisan cili merah dan daun sup. Tutup acuan dan tunggu sehingga masak. Gunakan api yang kecil sahaja. Setelah masak keluarkan. 


#2 - Tapai Pulut



Bahan-Bahannya :1 kg beras pulut
1 biji ragi manis (dijemur)
Daun pisang secukupnya

Cara-caranya :
1. Cuci beras pulut bersih-bersih kemudian ditanak sehingga masak. Setelah itu, angkat dan sejukkan di dalam sebuah talam yang bersih dan kering.

2. Hancurkan ragi sehingga halus. Kemudian taburkan pada pulut tadi. Sarungkan tangan anda dengan plastik bersih. Kemudian balik-balikkan pulut dan gaul sehingga rata.

3. Sediakan sebuah pasu tanah kecil/bekas yg sesuai. Alas dalam pasu/bekas dengan daun pisang yang bersih. Setelah itu, masukkan pulut tadi dengan sehelai daun pisang. Tutup pasu/bekas dengan penutupnya, kemudian balutkan dengan kain kemas-kemas. Tapai pulut ini boleh dimakan selepas tiga hari.


#3 - Kuih Bakar Pandan

Oleh: Azie Kitchen



Bahan bahan:
1 cawan tepung gandum

1 cawan gula
1 cawan air pandan
1 cawan santan
1 cawan susu cair
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau - saya guna pes pandan
Sebagai hiasan - sedikit bijan

Cara membuatnya:
Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan.
Blender hingga sebati.

Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi ke dalamnya. Taburkan bijan (jika suka).

Bakar selama 40 minit pada suhu 180c hingga masak. Untuk dapat kan permukaan yg berkerak @ garing bolehlah tambah masa membakar. Bakar selama 1 jam untuk menghasilkan kerak yang banyak.


#4 - Kuih Tepung Bungkus


Bahan
1 cawan tepung beras
2 cawan santan + sikit garam
Daun pisang

Bahan-bahan inti:
1/2 biji kelapa muda parut
1 ketul gula melaka
1s/b gula
1 s/b tepung gandum
4 s/b air
1 helai daun pandan

Cara:
1. Masakkan bahan inti kecuali tepung gandum sehingga agak kering.


2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kering. Sejukkan.


3. Jadikan inti bebola kecil. Ketepikan dahulu.


4. Bancuh tepung beras bersama santan. Masakkan hingga naik wap dan nampak agak pekat.


5. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran diperlukan.Lap dan bersihkan.


6. Ambil 3 sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti.


7. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.


8. Sejukkan dan hidangkan


#5 - Kuih Nekbat





Bahan-bahan : 

untuk kuih- 
500g tepung beras (1 bungkus) 
12 biji telur ayam 

untuk sira- 
Air secukunya 
500 gm gula 
5 helai daun pandan 

Cara Penyediaan: 

Goreng tepung beras tanpa minyak (sangai) dalam kuali atas api sederhana hingga kering. 

Tutup api dan biarkan ia sejuk. 

Pukul telur hingga kembang dan ringan berbuih. 

Taburkan tepung yang telah disangai ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau. Panaskan acuan dan oleskan acuan dengan minyak. 

Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar hingga kekuningan. Untuk siranya, masukkan dua gelas air dan 10 sudu besar gula ke dalam periuk. 

Bila air gula sudah mendidih masukkan daun pandan dan kemudian masukkan 10 biji nekbat. 

* 10 sudu gula untuk 10 biji nekbat

#6 - Kuih Nagasari 


BAHAN-BAHANNYA: 
1 cawan tepung beras 
5 cawan santan 
2 camca besar penuh tepung jagung 
2 camca besar rata gula 
1/2 camca teh garam 
Pisang raja secukupnya (sebiji dibelah 2) 
Daun pisang secukupnya 
Pisang nangka (atau apa shj yg sedap) 

CARA MEMBUATNYA 

1. Satukan tepung beras, santan, gula, garam dan tepung jagung, kacau rata dengan whisk hingga rata. 
2. Tapis bancuhan tadi ke dalam periuk. Kacau tanpa henti atas api sederhana hingga pekat dan kental. 

3. Kemudian matikan api. Biar suam. Ambil daun pisang yang telah dilayur dan potong pada saiz sesuai. 

4. Letak 1 1/2 camca besar adunan tepung, ratakan. Letak 1/2 bahagian pisang raja. 

5. Letak sedikit lagi adunan tepung atas pisang dan kemaskan. Balut seperti membungkus lepat pisang. Buat hingga siap 

6. Kukus atas air menggelegak selama 30 minit atau hingga masak. Biar kuih sejuk sepenuhnya sebelum dihidangkan untuk berbuka puasa

#7 - Kuih Ketayap



Bahan-bahan :

Untuk inti:
 ½ biji kelapa parut
 ¼ cawan gula kabung
 ½ cawan gula pasir
 1 helai daun pandan
 ¼ cawan air

Untuk kulit :
1 cawan tepung gandum
1 cawan jus pandan
½ cawan susu segar
1 biji telur
 ½ sudu teh garam

Cara : Untuk inti:

1) Gaulkan semua bahan­bahan inti dalam kuali dan jerangkan ke atas api yang sederhana.


2) Kacaukan inti hingga merengas dan separa kering. Angkat dan ketepikan.

Untuk kulit :

1) Satukan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapis


2) Panaskan kuali leper (pan) dan sapu rata dengan minyak masak/ marjerin.


3) Tuangkan sesenduk adunan dan lenggang­lenggangkan kuali tadi supaya adunan rata dan nipis. Setelah masak, angkat dan ketepikan.


4) Ratakan kulit, letak sedikit inti di tengah­tengahnya. Lipat bahagian kiri dan kanan. Gulung kemas­kemas. Buat hingga habis. Sedia untuk dihidangkan.


#8 - Kuih Cara Manis


BAHAN-BAHAN :
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur
3 helai daun pandan
Sedikit pewarna hijau
secubit garam

BAHAN INTI KUIH :
Gula secukupnya

CARA MEMASAK :


~ Panaskan acuan khas utk kuih cara diatas dapur.


~ Daun pandan di blander dengan santan, tapis.


~ Kemudian campur dan masukkan semua gandum, telur & garam , santan ke dalam blender dan kisar semua bahan sehingga sebati . Tapis utk memastikan adunan tidak berketul .


~ Bila adunan siap masukkan ke dalam acuan yang telah dipanaskan , perlu disapu sedikit minyak dahulu supaya mudah ditanggalkan nanti.


~ Isikan gula ditengahnya. Tutup acuan dgn tudung periuk,tunggulah hingga masak. Gunakan api yg perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya.


~ Angkat dan boleh lah lekatkan sepasang2.


#9 - Kuih Badak Berendam 

credit : Che Nom



BAHAN :

Bahan untuk inti: 
1/2 biji kelapa parut
2 sudu besar gula pasir gula melaka secukupnya
2 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar tepung gandum
1 helai dauh pandan, ikat simpul

Bahan untuk kuah: 
3 cawan santan
3 sudu besar tepung beras, bancuh dengan sedikit air
1 sudu kecil garam
1 helai daun pandan, ikat simpul

Bahan untuk badak berendam: 
2 cawan tepung pulut
1 1/2 cawan air pandan (tak perlu pekat sangat)
1/2 sudu kecil garam
pewarna merah
pewarna hijau


CARA PENYEDIAAN 

Cara-cara untuk inti kelapa:
Panaskan kuali. Masukkan kelapa, gula melaka, dan gula pasir.
Kacau bersama daun pandan yang disimpul bersama air.
Pastikan inti kelapa ini cukup manisnya.
Kalau kurang manis, tambah lagi ketulan gula melaka.
Bila agak kering taburkan tepung gandum dan terus kacau sehingga masak supaya inti melekat senang dibuat bulat.

Cara-cara untuk kuah santan: 
Masak santan bersama bancuhan tepung beras, garam dan daun pandan.
Masak di atas api perlahan dan kacau sehingga mendidih.
Pastikan anda selalau kacau kuah supaya tidak berketul.
Hidangkan bersama bebola badak berendam.

Cara-cara untuk badak berendam: 
Bancuh tepung pulut bersama air pandan dan garam sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh dibentuk bulat.

Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian di uli sekata bersama pewarna hijau, dan satu bahagian lagi di uli bersama pewarna merah.

Bulatkan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan inti kelapa dan bulatkan dengan kemas.

Rebus bebola di dalam air mendidih sehingga timbul di permukaan. Sejat air dan masukkan ke dalam kuah santan.

#10 - Kuih Puteri Mandi 



Bahan-Bahan:
1 paket tepung pulut
1/2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan air daun pandan

Bahan Inti 
1 biji kelapa pɑrut muda
Gula melaka secukupnya
Air secukupnya

Cara Membuat:


1. Campurkan tepung pulut, tepung beras dan air pandan.Gaul hingga sebati dan ketepikan.


2. Setelah itu, bentukkan doh dalam bentuk bulat-bulat kecil kemudian penyetkan ditengahnya supaya leper. Lakukan proses yang sama hingga semua doh habis dibentuk.


3. Sementara itu, didihkan 4 cawan air dan setelah selesai membentuk kuih, masukkan ke dalam air mendidih tersebut hingga masak.


4. Kuih akan kelihatan terapung apabila sudah masak, angkat dan toskan airnya.


5. Sementara itu, masak air gula melaka sehingga pekat dan masukkan kelapa pɑrut. Masak sehingga kerÍng atau ikut citarasa sekiranya ingin sedikit lembab.


6. Akhir sekali, masukkan kuih tadi gaul bersama inti hingga sebati. Hidangkan.




#11 - Kuih Tako


Bahan lapisan bawah:
30gm tepung Hoen Kwee
90gm gula
300ml air
6-8 biji sengkuang - dibersihkan dan dipotong dadu

Bahan lapisan atas:
270ml santan
20gm gula
20gm tepung beras
secubit garam
Daun pandan atau bekas2 kecil sebagai acuan

Cara-Cara Penyediaan:

Masukkan semua bahan untuk lapisan bawah ke dalam periuk.

Masak atas api perlahan, kacau hingga pekat. Masukkan sengkuang, kacau rata dan masukkan kedalam acuan.

Masukkan semua bahan untuk lapisan atas, kacau atas api hingga pekat dan masukkan keatas lapisan pertama. Biarkan sejuk dan hidang



#12 - Kuih Seri Muka (Pulut Sekaya)



Bahan A
2 cwn pulut rendam
2 ringgit santan (ni kalau tak jumpa santan dua ringgit kena agak2 la kot ya)-tambh air sehingga menjadi 2 cawan - (2cawan pulut =2cawan cecair santan)
1/2 sdk grm
1sudu besar gula (optional)
Kukuskan bahan2 A .. gembur2 dan tekan padat setelah masak.
.
Bahan B - Bahagian atas hijau
6 ke 7 helai daun pndan *
1 cawan air *
secubit jntan manis biji atau lebih ikut kesukaan *
sedikit kulit kayu manis pon ikut citarasa*
Blend bahan bertanda * ..tapis ambil airnya pastikan = 1 cawan
1 cawan santan pekat
3 sudu besar susu segar -kalau tak letak takpa kot ni tapi ada dalam resepi mak mertua saya
Sedikit pewarna hijau jika suka
5 biji telur ayam
1 cwn gula pasir
5 sudu besar tepung gandum
secubit garam
.
cara penyediaan :

Blender semua bahan hingga kembang .

Bolehlah dimasukn ke atas pulut yg dikukus tadi dan kukus lagi sekali guna api sederhana bukan api besar ya sehingga masak .
.
Kredit resepi ini kpd Zaini Talib 

#13 - Kuih Seri Kaya Kukus


Bahan-bahan diperlukan:

  • 5 biji telur 
  • ½ cawan gula merah 
  • ½ cawan gula pasir 
  • 1 cawan santan pekat (½ biji kelapa) 
  • 2 helai daun pandan (Dikoyak dan simpul) 
  • Garam secukup rasa 
  • Sedikit minyak (Untuk disapu pada loyang)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan air di dalam periuk kukusan. 
  2. Gaulkan semua bahan dan tapiskan ke dalam loyang bulat bersaiz 7 inci yang sudah disapukan sedikit minyak. 
  3. Kukuskan selama 30 minit dengan api sederhana. 
  4. Sejukkan dan potong. 
  5. Sedia dihidangkan.

#14 - Kuih Talam Keladi


Bahan A
  • 1 cawan tepung beras 
  • 3 sudu besar tepung gandum 
  • 3 cawan santan (½ biji kelapa) 
  • ½ sudu kecil garam 
  • 1 cawan ubi keladi (Dipotong dadu) 
  • 2 sudu besar udang kering 
    (Direndam dalam air panas) 
  • 2 biji cili merah (Dicencang) 
  • 1 pokok daun bawang (Diracik)
  • 1 pokok daun sup (Diracik)
  • 2 sudu besar bawang goreng
Bahan B (Hiasan)
  • 1 biji cili merah (Dicencang) 
  • 2 sudu makan bawang goreng 
  • 1 pokok daun sup (Diracik)
  • 1 pokok daun bawang (Diracik)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Basuh dan rebuskan ubi keladi dengan air dan sedikit garam sehingga empuk. Kemudian tuskan. 
  2. Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk dan gaul rata. 
  3. Masukkan bancuhan ke dalam periuk dan kacau di atas dapur dengan api sederhana selama 3 minit hingga 4 minit. 
  4. Panaskan pengukus dan sapukan sedikit minyak pada loyang bulat bersaiz 7 inci. 
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit. 
  6. Sejukkan kuih dan potong kecil. 
  7. Hiaskan dengan bahan B. 
  8. Sedia dihidangkan

#15 - Kuih Butir Nangka Kelantan



Bahan A
  • 1 cawan tepung pulut 
  • ½ cawan air jus pandan 
  • Sedikit kapur makan 
  • Garam secukup rasa 
  • ½ sudu teh pewarna hijau
Bahan B
  • 1 cawan santan pekat 
  • ½ cawan gula pasir 
  • 2 helai daun pandan (Disimpul) 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bancuhkan air pandan, sedikit kapur makan, garam, dan sedikit pewarna hijau. Tapiskan. 
  2. Tuangkan ke dalam tepung pulut sedikit demi sedikit sambil digaul rata dan sebati sehingga adunan menjadi doh dan tidak melekat di tangan. 
  3. Gentelkan adunan menjadi doh bujur yang kecil. 
  4. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan doh yang sudah siap digentel tadi. 
  5. Apabila doh timbul, cedokkan dan masukkan ke dalam mangkuk berisi air. 
  6. Masukkan semua bahan B ke dalam periuk, masakkan sambil mengacau bagi mengelakkan pecah minyak sehingga mendidih. 
  7. Masukkan doh yang sudah dimasak ke dalam kuah santan dan tutup api. Kacau rata. Hidangkan

#16 - Kuih Kaswi



Bahan- bahan : 

Bahan A:
1 cwn tepung gandum
1 cwn tepung ubi kayu (tepung sagu)

Bahan B:
1 ½ cwn gula merah (bukan brown sugar ye)
1 cwn gula pasir *terpulang klu nk manis lagi*
3 cwn air

1 sdk kapur *ditapis dahulu*

Cara-caranya : 
1. Masak Bahan B sehingga hancur dan tapis. Sejukkan dan ketepikan
2. Satukan Bahan A. Ketepikan
3. Bila dah sejuk Bahan B, satukan dengan Bahan A dan gaul sebati dn msukkn kapur.
4. Blender bahan tadi untuk haluskn lagi adunan.
5. Masuk dlm Loyang dan kukus paling kurang stgh jam.
*adunan saya mulanya mcm berair skit atasnya tpi pabila dah sejuk ia mengeras*


#17 - Kuih Onde-Onde ( Buah Melaka )



Bahan-Bahan (5-6 orang)

- 500 gram tepung pulut
- Air secukupnya
- 1 sudu kecil pewarna daun pandan
- 1 keping gula Melaka (dipotong kecil-kecil)
- Kelapa parut

Cara-cara:

1. Gaul tepung pulut dan dengan air. Masukkan pewarna daun pandan. Kalau nak lebih sedap, guna air daun pandan yang telah dikisar.


2. Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat supaya senang nak anggarkan saiznya, kemudian leperkan.


3. Letakkan gula melaka dan gentel menjadi bulat.


4. Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.


5. Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul. Sejat dan biarkan seketika.


6. Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut. Siap untuk dimakan


#18 - Kuih Lapis 


Bahan2nya
1cwn tepung beras
1/2 cwn tepung gandum
2 sudu mkn tepung ubi
1/2 cwn gula pasir
21/2 cwn santan
Sedikit garam
Pewarna yg disukai

Cara2nya
Masukkan semua bahan2 kecuali pewarna n kacau sebati.


Tapis dan bahagi dua, masukkan pewarna yg disukai dan boleh lah melapis 

Air Kukusan dipanaskan dahulu.

Kukus lapis pertama dlm 4/5 minit dan kukus lapisan kedua dan buat sampai habis.

Sejukkan dahulu baru boleh dipotong


#19 - Kuih Keria Keledek



Bahan-Bahan:
700 gm keledek warna oren
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula
1/2 cwn air
Sedikit garam

Cara Membuatnya :

1. Kupas kulit keledek dan potong kecil-kecil. Rebus keledek hingga empuk, masukkan sedikit garam. Kemudian, lenyek dan sejukkan.

2. Masukkn tepung dalam keledek lecek dan uli rata hingga menjadi doh.

3. Taburkn tepung atas talam dan tapak tangan. Ambil doh sebanyak 30 gm dan bentukkan doh menjadi gelang mengikut saiz kegemaran anda. Buat hingga habis.

4. Panaskan minyak dan goreng kuih hingga kuning keemasan. Sejukkan sebentar.

5. Masukkn gula dan air ke dalam kuali. Didihkan menggunakan api yang sederhana.

6. Apabila air gula berbuih pekat, perlahankan api dan masukkn kuih tadi. Gaul hingga rata.

7. Bila gula mula melekat pada kuih, padamkan api dan terus menggaul hingga gula menjadi sira. Hidangkan




#20 - Sagu Gula Melaka



Cara Untuk Memasak Sagu 

1. Rendam 2 cawan sagu dalam air + pewarna mengikut pilihan selama 10-15 minit. 

2. Toskan sagu dan bilas dengan air. 

3. Didihkan 4 cawan air dalam periuk. 

4. Bila air dah mendidih masukkan sagu dan kacau sehingga jernih. 

5. Angkat sagu dan bilas dengan air supaya kanji hilang 

Air Gula (sukatan agak-agak saja sebenarnya tetapi jumlah gula putih tu lebih sikit saja dari gula melaka) 

1. Gula putih 
2. Gula melaka 
3. Daun pandan 

Step Terakhir 

Masak semua bahan sehingga mendidih dan tapis sebelum digunakan. 

Santan + garam dan masak sehingga mendidih dan tapis sebelum digunakan.


#21 - Kuih Puteri Ayu 

credit buat orang lapo

Bahan-Bahan :

3 biji telur

1 cawan gula pasir
1 sudu kecik ovelate
2 cawan tepung gqndum
1 sudu kecik baking powder
1 cawan santan kotak
1 penutup esen pandan
1 penutup pewarna hijau
kelapa parut+sedikit garam+sedikit tepung gandum(Gaul sebati. kukus sekejap)

Cara-Cara Menyediakan:

Ayakkan tepung bersama baking powder
Mixer telur, gula, ovalate dan esen pandan hingga kembang putih.
Masukkan santan selang seli dengan tepung.
Mix sebati baru tuang pewarna hijau. Mix sebati lagi sekali.
Sapu acuan dengan sedikit minyak. Tekan kelapa yang dah kukus tadi dekat dasar acuan.
Tuang adunan tepung paras acuan.
kukus 10-15 minit api besar


#22 - Kuih Talam Jagung


bahan lapisan bawah:

1 cawan jagung cream
2 cawan tepung beras
0.5 cawan tepung jagung
3.5 cawan santan
1 cawan gula

bahan lapisan atas:

1.5 cawan tepung beras
4.5 cawan santan pekat
1 s/k garam

Cara:
1. Gaulkan semua bahan lapisan bawah dan kacau sebati.
2. Masukkan dalam loyang yg telah disapukan sikit minyak.
3. Kukuskan selama 30 minit.
4. Campurkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan dalam periuk.
5. Kacau sekejap [10 minit] diatas api yg laing kecil.
6. Bila adunan lapisan bawah sudah masak, cakarkan sikit dan tuangkan perlahan2 adunan lapisan atas.
7. Kukuskan selama 20 minit.
8. Sejukkan betul2 barulah dipotong

#23 - Kuih Bingka Labu


Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 25 minit | Keseluruhan: 40 minit
Jumlah Hidangan : 5 biji

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan (tak perlu terlalu pekat)
3 biji telur
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam halus
3 sudu mentega, cairkan
2 cawan puri labu
bijan secukupnya

Cara Penyediaan:

Kupas kulit labu dan potong kiub. Steam sehingga lembut dan kemudian lecek halus. Sukat sebanyak 2 cawan.

Masukkan tepung, santan, telur, gula pasir, garam dan mentega. Kisar semua bahan-bahan tersebut sehingga sebati.

Tuang bahan kisar ke dalam bekas dan kacau bersama puri labu.

Tuang bancuhan ke dalam acuan yang sudah digris dengan minyak, tabur permukaan atas dengan bijan dan bakar selama 20-25 minit, atau sehingga bahagian atas kuih masak keperangan.

Keluarkan dari acuan dan sejukkan sebelum dipotong


#24 - Kuih Bingka Ubi Kayu


Bahan :
  • 2 cawan ubi kayu yang sudah siap di parut 
  • 6 sudu besar gula pasir
  • 1 kotak santan pekat Ayam Brand
  • 1/2 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna kuning
Cara : 
1. Mula-mula kena siapkan ubi kayunya dulu lah. Kalau nak ikut cara tradisi, ubi akan di parut sehingga halus tapi kalau ikut cara moden, belasah dengan blander jer. Potong ubi dengan size yang sesuai, blander, tapis untuk ambil isi ubinya saja dan gunakan air yang sama untuk kisaran ubi yang seterusnya.

2. Kemudian satukan semua bahan-bahan yang lain (kecuali pewarna) dengan ubi tadi.

3. Kacau sehingga gula larut dan sekata.

4. Sekarang ualls boleh rasa, kalau nak lagi manis bolehlah tambahkan gula dan kalau nak lebih rasa berlemak bolehlah di tambah dengan sedikit lagi garam.

5. Bila dah puashati dengan rasa baru masukkan sedikit pewarna kuning, kacau sekata dan terus masukkan ke dalam loyang.

Bakar :

  • Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah celcius dengan api atas dan bawah.
  • Masukkan loyang ke dalam ketuhar di rak yang paling bawah sekali.
  • Bakar bingka selama 1jam - 1  1/2 jam, atau sehingga betul-betul masak.
  • Lagi sedap jika permukaan atas bingka berwarna keperang-perangan (kerak)

#25 - Kuih Lepat Liat




BAHAN - BAHAN1 Kg tepung pulut
3 cawan Gula merah
2 1/2 cawan gula pasir (terpulang kalau nk manis letak lebih)
3 biji kelapa (perah amik santan )/ 5 cawan
Sedikit garam
Daun pandan

CARA-CARA MEMBUATNYA


1. Campur gula merah, gula pasir, santan , garam & daun pandan dan masak sehingga mendidih. Dah mendidih tutup api. Biarkan sejuk. Dah sejuk tapis.

2. Masukkan tepung dalam besen, kemudian masukkan bahan2 yg dimasak td (No 1). Kacau sampai hancur semua tepung tu.

3. Balut dalam daun pisang (daun pisang kena sapu minyak supaya x melekat) lepas tu kukus 15-20 minit. Siap...


#26 - Kuih Sagu


1 cawan sagu
2 cawan air
1/2 cawan gula
Kelapa parut dan sedikit garam – digaul
Sedikit pewarna merah (warna lain pun boleh)

Cara-cara

Bersihkan sagu.
Masak air dan gula sehingga larut.
Masukkan sagu dan kacau sehingga likat.
Masukkan pewarna merah dan kacau sehingga sekata.
Tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan. Kemudian potong dan gaulkan dengan kelapa parut.



#27 - Kuih Qasidah



Bahan-bahan :

1 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
1/4 cawan gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh air kapur makan
1 sudu besar minyak sapi (tak letak pun tak apa)

Bahan untuk hiasan:

6 ulas bawang merah
secubit garam

Cara Penyediaan:

Di dalam periuk, bancuh tepung bersama air, gula, garam, air kapur. Kacau sebati.

Masak bahan bancuhan di atas api yang perlahan. Kacau sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat. Anggaran masa mengacau adalah 15 minit.

Apabila telah pekat, masukkan minyak sapi untuk menambahkan rasa lemak kepada kuih dan menjadikannya berkilat. Tuangkan ke dalam loyang yang telah di sapu dengan minyak.

Ratakan adunan dan tabur dengan bawang goreng bersama sedikit minyak dari gorengan bawang tadi. Potong apabila sudah sejuk.

Buang kulit dan hiris bawang nipis-nipis. Gaulkan dengan cuma secubit garam supaya bawang goreng menjadi lebih rangup dan enak. Jangan terlebih garam nanti masin. Goreng sehingga kekuningan. Taburkan di atas kuih 






#28 - Kuih Koci 



Bahan untuk Doh
250 g tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam

1 1/2 cawan air

Bahan untuk Inti
1 biji kelapa berkulit basah (yg tidak terlalu tua)
1 ketul gula Melaka
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
1/2 cawan air

Bahan lain
Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci.
Minyak kelapa secukupnya (minyak makan pun boleh)
1 cawan pati santan + secubit garam

Cara-cara
1. Untuk Inti:- Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.

2. Untuk Doh:- Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas. Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Jika kurang air tambah sedikit lagi.

3. Untuk membuat kuih koci:- Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.

4. Tutup inti dgn doh dan bubuh satu camca teh santan pekat. Kemudian lipat seperti biasa.
5. Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak. Banyak atau kurang jumlah kueh koci bergantung pada saiz kueh masing2. Selamat mencuba.



#29 - KUIH KOCI PULUT HITAM BERSANTAN



Bahan-bahan
2 cawan tepung pulut
2 sudu beras pulut hitam - dikisar halus dan ayak
sedikit garam
1 cawan air (Jangan tuang semuanya nanti lembik. Masukkan sikit demi sedikit hingga doh tak lekat tangan. Baki air tu dalam 3 sudu besar)
daun pisang secukupnya - potong 5inci x 5inci dan layur seketika

Cara membuatnya:

1. Campurkan tepung pulut dan tepung beras pulut hitam serta garam didalam sebuah bekas. Kacau sebati kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Pastikan doh tak lekat ditangan dan teksturnya seperti doh buah melaka/onde-onde. Tutup sekejap dengan kain agar doh tidak keras.

2. Masak air didalam periuk hingga mendidih.

3. Ambil sedikit adunan tepung pulut tadi, bulatkan kemudian leper diatas tapak tangan tangan. Masukkan inti kelapa, tutup dan bulatkan balik. Buat sampai habis doh.

4. Masukkan doh-doh kuih koci ni kedalam air rebusan yang telah mendidih sehingga ia terapung lalu angkat dan toskan. (sama seperti buat onde-onde/buah melaka).

5. Masukkan pula kuih koci ni kedalam bekas berisi campuran santan dan tepung beras.

6. Guna sudu, ambil doh koci sekali dengan kuah santan pekat tadi letak atas daun pisang yang disapu minyak. Bungkus macam bantal atau nasi lemak pun boleh. Kemudian kukus sekejap dalam 7 minit untuk bagi aroma daun pisang dan bolehlah dihidangkan.

INTI KELAPA
1 biji kelapa parut
1 ketul gula melaka
3/4 cawan gula pasir
1 sudu besar tepung gandum dibancuh dengan sedikit air sahaja
daun pandan disimpul

Caranya :

1. Masak gula melaka, 3/4 cawan gula pasir dan daun pandan dengan sedikit air hingga gula melaka hancur, kemudian tapiskan. Masukkan kelapa parut tadi.

2. Masak sekejap atas dapur, bila dah agak kering masukkan bancuhan tepung gandum. Kacau lagi hingga bercampur, kemudian sejukkan. Bulat-bulatkan inti tersebut.

KUAH SANTAN PEKAT
3 sudu besar tepung beras
3cawan santan pekat
sedikit garam


campurkan tepung beras kedalam santan pekat, kacau sebati dan masukkan garam. Masak adunan ni sehingga pekat, ketepikan seketika untuk proses seterusnya.

credit : Fiza cooking



#30 - KUIH KASTURI



Bahan-Bahan:

1 cawan kacang hijau.
3/4 cawan gula pasir.
3 sudu besar kelapa parut.
2 sudu besar tepung gandum.
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil air kapur.
1/2 sudu kecil garam halus
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Cara Penyediaan:

Rendam kacang hijau selama satu jam setengah atau sehingga lembut,Kemudian masak sehingga empuk


Apabila air hampir kering, masukkan gula, kelapa dan kacau sehingga kering.

Taburkan tepung gandum dan gaul sehingga sebati angkat dan sejukkan


Bulat dan leperkan inti kacang,


Dalam mangkuk berasingan satukan tepung, air kapur, garam dan air secukupnya, pastikan adunan tidak terlalu pekat


Panaskan minyak, celupkan inti kacang yang di bulatkan tadi kedalam tepung, dan goreng sehingga keperangan.



#31 - Kuih Lompang



Bahan-Bahan:

1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu teh kapur mkn
1sudu besar tepung jagung
1/2 cawan gula pasir
1 keping gula melaka
1 cawan air
1 cawan santan cair
Daun pandan

Cara Membuat:

Masak gula,gula melaka,air,santan dan daun pndan yg disimpul hingga larut


Apabila air gula dah sejuk masukkan ke dalam bekas yg berisi tepung beras,air kapur,tepung jagung,Kacau sebati


Tapiskan dan masukkan ke dlm acuan lompang yg telah di sapu minyak..


Kukus dlm 15-20 minit


Hidangkan bersama kelapa parut


Periuk Pengukus Noxxa Menjadi Pilihan Ramai 

Kebanyakan resipi kuih orang lama ini menggunakan kaedah kukus untuk di masak. Bagi anda yang sedang tercari-cari periuk pengukus elektrik yang mudah untuk digunakan, boleh dapatkan periuk kukus Noxxa. 


Kelebihan Periuk Kukus Noxxa 3 Tingkat 

1. Tak perlu tunggu 30 minit untuk air mendidih pun, letak makanan, tekan on, tetapkan masa, tekan button start! Wap terus keluar dan aktiviti kukus bermula serta merta! 

2. Umur semakin tua, kadang masak sesuatu atas dapur gas memang boleh terlupa kan! Siapa pernah alami? Sampai kering air dalam periuk kukus! Boleh rentung periuk! 

Tapi dengan steamer noxxa yang bijak ini, XPERLU LAGI RISAU sebab jika air mulai mengurang, alarm akan berbunyi, dan jika air tidak ditambah, steamer automatik ter off sendiri, sangat selamat.

3. Yang paling best, jika lapisan bawah kukus nasi, bahagian tengah kukus ikan siakap stim, atas kuih seri muka, bau ikan tidak akan melekat pada nasi dan kuih seri muka kerana setiap lapisan ada salurannya sendiri. 

4. Saiz yang besar dan lebar. Bukan bentuk bulat. Ini memudahkan untuk susun makanan dan mudah juga untuk masak ikan stim. 

periuk-pengukus-noxxa

Berapa Harga 

Special untuk pembaca blog ini, harga ditawarkan hanya RM 395 dan anda juga boleh membuat pembelian secara ansuran.

Jumlah bayaran tiap-tiap bulan secara ansuran ini boleh dibincangkan. Makin best, buat bayaran ansuran bulan pertama terus boleh terima barang tanpa perlu tunggu lama-lama. 

periuk-pengukus-noxxa



Pertanyaan lanjut berkaitan periuk pengukus
whatsapp :


Itulah dia antara 30 resepi kuih bulan ramadhan yang sering menjadi pilihan sebagai resepi kuih berbuka puasa. Jika nak disenaraikan ada lebih banyak lagi resepi kuih muih viral tradisional ni sebenarnya. Cuma kat sini disenaraikan sebanyak 30 saja. 

Moga-moga perkongsian tentang resepi kuih muih resepi berbuka puasa ini dapat memberi panduan tentang cara buat kuih tradisional mudah untuk santapan kita bersama. Seronok juga bila dapat makan kuih muih klasik ni kan?


Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:

Sis Hawa Dot Com 

Info Ibu Hamil 

Info Resepi 


Semoga bermanfaat. 

6 comments for "30 Resepi Kuih 'Orang Lama' Yang Popular Di Bulan Puasa (Sehari Satu Resepi)"

  1. Kuih orang lama ni memang legend tau. Tak jemu di makan

    ReplyDelete
  2. Dalam banyak-banyak menu, ada dua kuih sy teringin buat sendiri, kaswi dan cara berlauk..harap berjaya nanti:)

    ReplyDelete
  3. All these will always be our favourites and will never gets old. I hope I can still eat this in the future.

    ReplyDelete
  4. Bagus sangat! Skrg susah nak cari resepi kuah lama ni.mohon share tq share ilmu

    ReplyDelete
  5. Sedapnya tapai. Lama dah tak makan

    ReplyDelete
  6. haa.. dah siap 30 resepi ni, sape nak masak ? kite tak pandai buat kuih.. hahahaha~ tau makan je..

    ReplyDelete