Jika tahun lalu rancangan ini menyaksikan Mark Adam dinobatkan sebagai juara BBB, pada kali ini Mark Adam akan bergandingan bersama otai terkenal, Saiful Apek sebagai juri tetap BBB 2019. Seperti tahun berikutnya, juri tetap bertanggungjawab menilai persembahan peserta sebanyak 50%, manakala 50% lagi menerusi undian penonton di lamanweb undian.


Pentas BBB pada kali ini diwarnai dengan wajah baru iaitu Elly Mazlein sebagai hos dan peserta baru seperti Chaiwan, Mamak Puteh dan Sharif Zero. Namun, penonton masih tetap dihiburkan dengan aksi lawak tak kering gusi oleh Achey dan Shuk. Bukan itu sahaja, para peserta juga dapat bergandingan dengan seorang selebriti jemputan pada setiap minggu untuk memeriahkan lagi pentas BBB 2019. 

“BBB bukan hanya berkisar tentang sketsa lawak semata-mata kerana program ini turut mencabar para pelawak berkarya dengan kreatif di luar kotak untuk menghiburkan para penonton.
Dengan kemudahan aplikasi  teknologi masa kini, kebolehan seorang pelawak adalah lebih meluas, tidak hanya membuatkan anda tertawa tetapi juga mahu menyampaikan mesej dengan cara yang lebih mudah diterima oleh orang ramai.”
“Kebolehan barisan pelawak baharu yang menyertai BBB pada tahun ini tidak harus diperlekehkan kerana mereka berani menyahut cabaran untuk bersaing dengan Achey dan Shuk yang sudah berpengalaman di pentas BBB ini.
Setiap pelawak mempunyai kelebihan dan kekuatan masing-masing. Kreativiti mereka dalam berkarya dan memberi variasi dalam setiap persembahan mereka yang akan menentukan kredibiliti mereka sebagai seorang pelawak.”
– Puan Zurina Othman, Pengurus Besar, Pengurusan Jenama dan Rancangan (ntv7) & Perolehan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad


BBB akan mula bersiaran pada 3 Mac 2019, setiap hari Ahad pada pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam dibawakan khas dari studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam. 
“Setiap minggu kita akan tampilkan sketsa yang “fresh” dan artis jemputan yang berbeza, saya rasa teruja untuk membuat latihan dan persembahan live dengan artis jemputan. Insya-Allah kita akan cuba yang terbaik” kata Achey.

Masih mengekalkan format pertandingan terdahulu, setiap minggu menawarkan RM 10, 000 sebagai ganjaran untuk pelawak yang mendapat markah tertinggi. Para penonton juga boleh mengikuti perkembangan dan mengetahui aktiviti di sebalik tabir para peserta BBB 2019 melalui Komik Bintang Bersama Bintang pada setiap Ahadjam 6.00 petang diTV3. 



BAGAIMANA CARA UNTUK UNDI? Mudah saja... anda hanya perlu layari lamanweb https://www.xtra.com.my/ms/bbb2019 dan klik pada peserta yang ingin anda berikan undi. Seorang hanya boleh mengundi 1 kali sahaja!!



BBB 2019 juga dapat disaksikan secara langsung di laman Youtube TV3Malaysia dan portal video tonton di www.tonton.com.my. ikuti laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3iaitu @TV3Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai BBB 2019 dan jangan lupa hangatkan perbualan anda di laman sosial dengan #BBB2019!